Ahad, 19 September 2010

TAHNIAH ABANG RIZAL & WAWA...




Didoakan kedua-dua mempelai kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga segalanya diberkati & diredhai oleh Allah SWT, insyaAllah... Selamat datang ke kelab baru!!!

Ikhlas,

Ierwan Ismail & Nurul Ati'qa Hisam


MAJLIS PERKAHWINAN RIZAL HUSIN & SALWA SAMURI

Tarikh : 19 September 2010 (190910)
Tempat : Kampung Muhibbah, Batu Pahat, Johor.

Tarikh : 25 September 2010 (250910)
tempat : Pantai Kundor, Tanjung Keling, Melaka.

Sabtu, 11 September 2010

-Salam Aidilfitri-




Saya bersama isteri, Nurul Ati'qa Hisam ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali kami termasuklah guru-guru yang pernah mengajar kami, teman-teman di sekolah rendah, menengah, matrikulasi serta universiti. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang berada di kampung serta masyarakat muslim seluruh Malaysia dan dunia.

Teristimewa, kami ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada kedua-dua ibu bapa kami, adik-adik serta saudara mara kami seluruh Malaysia. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi saat yang paling menggembirakan buat kalian semua.

Eid Mubarak. Maaf Zahir & Batin.

From IERQA with LOVE

Ierwan Ismail & Nurul Ati'qa Hisam
3 Syawal 1431H / 12 September 2010

Jumaat, 3 September 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina



Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: epid
Editor: nazir_dinie

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

Selasa, 24 Ogos 2010

KISAH TAULADAN : KEIKHLASAN SEORANG SUAMI



KEIKHLASAN SEORANG SUAMI.
(Semua gambar yang dipamerkan hanyalah sebagai hiasan)



Hayatilah pengajaran dari secebis kisah ini.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang matayang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.



Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,teruskan …” jawab suaminya.



Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,”Sekarang giliran abang membacakan senarai mu”. Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya..bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis …

Apa yang dapat anda katakan selepas memahami kisah ini?

Dosa-Dosa & Facebook




Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

NEGARA PARAH : ZINA, ROGOL DAN BUANG BAYI BERLELUASA




NEGARA PARAH : ZINA, ROGOL DAN BUANG BAYI BERLELUASA

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi - jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .

3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.

7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli Dewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :

Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
Sekat laman - laman lucah secara serius
Menguatkuasa undang2 syariah
Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
Banyak lagi langkah yang perlu diambil . [ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ahad, 8 Ogos 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

Wahai Isteri, Bersabarlah!




Wahai Isteri, Bersabarlah!

Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri.

Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis.

“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.”

“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.”

Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”

Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.

Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.” Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim:6)

Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat, pastilah akan kugiling semuanya.”

Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira dan berhenti.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu. Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta. Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat. Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”

“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan, dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan untuknya hingga kiamat.”

“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.

Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath.

Sumber daripada http://www.fitrahpower.com

Selasa, 29 Jun 2010

Rabu, 9 Jun 2010

DOA UNTUK KEKASIH...



Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang
soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia
dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api
Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'alamin.

DOA UNTUK KEKASIH...



Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang
soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia
dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api
Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'alamin.

Isnin, 7 Jun 2010

SABAR ITU INDAH...



Hidup ini umpama roda, adakalanya kita di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Ianya adalah suatu percaturan kehidupan yang harus dilalui oleh tubuh yang bergelar manusia. Tubuh itu akan lebih menjiwai pancaroba hidup kiranya pelbagai dugaan, ujian dan cabaran yang datang tanpa diundang menghiasi ruang kamar hati. Segala dugaan, ujian serta cabaran ini sebenarnya seolah-olah mencabar tahap kesabaran tubuh yang bergelar manusia ini. Tatkala itu, banyak tubuh yang tumbang kerna tiada berupaya menongkah arus.

Ya Allah ya tuhanku, di waktu ini hambaMu berasa sungguh kerdil sekali. Ujian yang melanda membuatkan hambaMu ini menjadi lebih sabar dan tabah. Tidak semua tubuh yang berhak menerima ujian seberat yang hambaMu hadapi kini. Namun hambaMu ini percaya, tiada tergamak tuhan sepertiMU untuk menghamburkan ujian ke atas hambanya yang tidak mampu menghadapi. HambaMu ini menyedari, kasih sayangMu sungguh besar terhadapku. HambaMu menerima segalanya dengan penuh rasa redha dan sabar serta percaya, ada hikmah di sebalik segalanya.


Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya teramat aku lemah tanpa petunjukMu, peritnya aku buta tanpa bimbinganMu, sakitnya aku cacat tanpa hidayahMu, kejinya aku hina tanpa RahmatMu. Ya Allah ya tuhanku, kuatkanlah hati dan semangatku, tabahkanlah aku dalam menghadapi segala cubaanMu, jadikanlah aku suami yang disenangi isteriku, bukakanlah pintu hatiku dan isteriku untuk menghayati agamaMu dan bimbinglah aku untuk menjadi seorang suami yang mithali untuk bakal isteriku yang dikasihi, Nurul Ati’qa binti Hisam.

Ku Pohon Doa Teman-Teman,

IERWAN ISMAIL
07.06.2010

Rabu, 19 Mei 2010

Puisi Tercipta Di Kala Anak Bangsa Menempuh Perang...



Puisi ini merupakan kesinambungan daripada puisi Di Meja Ini yang tercipta pada tanggal 3 Mei 2008 di Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya. Ia tercipta tatkala PENA KARUNIAMU (PK) menjadi pengawas peperiksaan untuk anak-anak bangsa KPM Ayer Molek baru-baru ini. Dedikasi buat semua mahasiswa KPM Ayer Molek...

Di Meja Ini (Volume 2)

Di meja ini,
dahuluku mendendang semangat
mencari azimat bukan keramat
mengejar matlamat yang tiada penamat
agar hidup selalu selamat...

Di meja ini juga,
peluhku berlari tak sedar diri
cubanya memujuk hati agar terus berdiri
mencari secebis harga diri
buat bahagia kemudian hari...

Di meja ini,
ku berjuang tiada henti
biar musuh mengancam diri
namun gentar tak terselit di kamus hati
menyerah, tunduk tewas pantang sekali...

Di meja kududuki kini,
ku lihat anak bangsa berperang dengan diri
umpama daku dahulu tiada terperi
Anak bangsa ini bakal memacu negeri
mengendong matlamat ibu pertiwi
kerna jika bukan kalian, siapa lagi...?

Berjuanglah anak bangsaku,
mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
Jika hari ini kalian dihina, ia bukan selamanya
Jika hari ini kalian dicerca, tiada ia bertahan lama
Jika hari ini kalian berduka, percayalah esok kalian kan gembira
Namun bukan duduk menggoyang kaki saja
kerna itu bukan cara kita

Kita usaha, kita berjaya...

IERWAN ISMAIL
KPM Ayer Molek Melaka
10.00 am, 12 Mei 2010

Isnin, 10 Mei 2010

Buat Kalian Yang Masih Punya Ibu, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...



Apabila kita menghadapi masalah, ibulah yang menjadi tempat mengadu. Walau betapa jauhpun jarak yang memisahkan, beribu batu yang menghalang, namun hanya dengan mendengar suara ibu, segala masalah umpama hilang. Jiwa kita akan merasa tenang dan damai, seolah-olah hinggakan segala masalah yang menyelubungi kita hilang dan lenyap sekelip mata. Itulah apa yang akan ku lakukan tatkala dilanda kerunsingan dan kesusahan.

Itulah keajaiban seorang wanita yang bergelar ibu. Benar jugalah kata pepatah, jangan disangka tangan lemah yang menghayun buaian itu tidak mampu menggoncang seisi dunia. Wanita yang bergelar ibu itu jugalah yang selalu setia menemani kita dikala kesedihan dan kesepian. Ketika kita gembira juga, ibu insan pertama yang berkongsi kegembiraan bersama kita. Ketika kita sakit, ibu juga yang bersengkang mata untuk kita, malahan banyak lagi perkara lain yang ibu lakukan terhadap kita, ia tiada bandingannya.

Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Cuba anda melihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka mempunyai anak, tapi anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh enggan menjaga mereka. Faktor KERJAYA, SIBUK dsb menjadi alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?

Semalam saya menonton sebuah drama di rangkaian televisyen berbayar ASTRO. Kisah seorang anak yang dilakonkan oleh aktor Aaron Aziz terlupa seketika ibunya akibat daripada kemewahan serta kedudukan yang diterima olehnya. Watak ibunya yang dilakonkan oleh pelakon Shiela Mambo (kalau tak silap). Turut berlakon adalah pelakon Rebecca Nur Islamiah dan Julia Ziegler. Kasih sayang seorang ibu terserlah dalam drama tersebut yang mana walaupun anaknya tiada di sisi ketika ajanya hamper tiba, ibu tetap juga memaafkan kesalahan serta kesilapan anaknya.

Beringatlah, selagi mereka khususnya ibu masih di sisi, masih boleh bergurau senda dengan kita, hargailah mereka. Jangan diketepikan dan dilupai mereka ini dek kerana kesibukkan kita dengan hal-hal dunia. Janganlah tika mereka sudah tiada, barulah kita hendak menghargai mereka, maka ketika itu menangis air mata darah pun sudah tiada gunanya. Berbaktilah selagi mereka masih ada.

Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kebaikan dan kebahagiaan kita semua. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya. Jadi, bagi kita yang masih punya ibu, hargailah dan berbaktilah kepada mereka seadanya.

Selamat Hari Ibu saya dedikasikan buat ibu saya yang tercinta, Puan Maznah Bt. Ali di atas segala tunjuk ajar dan kasih sayang yang telah diberikan. Terima kasih bonda. Juga buat bakal ibu mertuaku, Puan Zainab Bt. Yusak, walaupun hanya seketika kehadirannya dalam hidupku, namun ianya memberikan banyak makna dalam hidupku. Terima kasih keduanya, saya sayang kamu. Buat bakal ibu kepada zuriat kami Nurul Ati’qa, Yun mampu jadi isteri dan ibu terbaik, insyaAllah.

From Me With Love,

IERWAN ISMAIL
KPM Ayer Molek Melaka

Ahad, 9 Mei 2010

Berkhutbah atau Membaca Khutbah?



Assalamualaikum dan salam hormat. Bertemu lagi setelah sekian lama saya tidak menulis sehingga menyebabkan blog KARUNIAMU ini berhabuk dengan debu-debuan.

Alhamdulillah, jumaat lepas saya solat Jumaat di salah sebuah masjid berdekatan kolej saya di Melaka. Masjid pon tak jauh, dekat kampung sebelah sahaja. Tamat solat, para jemaah diberikan dua botol air ECPI, ada hamba Allah yang buat kebajikan. Berkaitan dengan tajuk di atas, saya mula berfikir berkenaan khutbah yang disampaikan oleh khatib bertugas. Sebenarnya, perkara ini telah lama bermain-main di kotak pemikiran saya, cuma belum berkesempatan untuk dinukilkan di dalam ruang KARUNIAMU ini. Justeru, hari ini dengan mengambil peluang masa yang ada, saya terpanggil untuk menukilkan sepatah dua pandangan dan kritikan saya khususnya dalam isu khutbah yakni, berkhutbah atau membaca khutbah?

Seingat saya, sepanjang saya bekerja dan menetap di negeri Melaka ini, tidak pernah sekalipun khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib bertugas, baik di masjid negeri, masjid di tepi jalan atau masjid di dalam kampung yang dapat memberikan kesan kepada hati dan jiwa saya. Maaflah jika "statement" saya ini akan menyebabkan orang-orang Melaka tersinggung. Namun begitu, itulah kenyataan yang perlu diterima. Saya tidak nafikan, pelbagai cara digunakan oleh pihak masjid khususnya di Masjid Al-Azim yang mana khutbah dipancarkan melalui LCD Projektor bagi memberikan lebih kefahaman kepada jemaah. Tapi, sejauhmanakah ia dapat menarik perhatian para jemaah untuk memberikan fokus seterusnya isi kandungan khutbah tersebut dapat sampai dan mendarat di hati?

Pertama, diakui bahawa setiap Jabatan Agama Islam negeri menyediakan teks khutbah untuk dibaca oleh para khatib bertugas. Ia merupakan satu perkara yang telah diamalkan sejak sekian lama. Bagi saya, tujuan utama teks khutbah ini disediakan adalah untuk proses dokumentasi. Selain itu, ianya khusus untuk penyelarasan di dalam setiap negeri kerana mungkin ada informasi penting yang ingin disampaikan oleh kerajaan negeri atau persekutuan. Ya, saya akui di sesetengah negeri mewajibkan penyampaian khutbah daripada tajuk atau teks yang telah disediakan. Namun begitu, perlu ada sedikit persediaan di kalangan para khatib bertugas kerana mungkin isu yang perlu disampaikan tidak ada di dalam teks khutbah yang disediakan.

Saya pernah mendengar daripada ceramah yang disampaikan oleh para ustaz dan tuan-tuan guru yang menyebut, isi khutbah yang hendak disampaikan kepada para jemaah mestilah melibatkan isu-isu semasa khususnya dalam hal ehwal agama dan politik. Politik bukanlah bermaksud pilihanraya tetapi seluruh aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, budaya, sosial, keamanan dll. Amatlah malang jika sekiranya, sedang saudara mara kita di Palestin dan negara Islam yang lain diserang oleh tentera Musyrikin Amerika Syarikat dan Britain, khutbah kita di Malaysia pula membicarakan isu "Makanlah Buah-Buahan Tempatan". Hal ini ternyata memperlihatkan ketidakprihatinan kita terhadap dunia Islam di luar.

Saya masih ingat lagi, pertama kali saya menyampaikan khutbah, kaki dan tangan saya menggeletar. Mujurlah mimbar masjid ketika itu menutupi keseluruhan bahagian bawah, lebih kurang macam rostrum. Yang para jemaah nampak, cuma bahagian muka dan dada sahaja. Seram sejuk terasa badan. Peluh pula jangan cakap, peluh panas tambah peluh gementar. Orang putih kata “nervous”. Semua ini berlaku pada tahun 2009, di Masjid Jamek Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam (kampung saya sendiri). Ltulah kali pertama saya menyampaikan khutbah. Khutbah yang saya garap sendiri hasil bacaan daripada koleksi khutbah lain. Nasib baik JAIPP bukan seperti jabatan agama yang lain, mewajibkan membaca teks khutbah yang disediakan.

Bermula saat itu, saya telah diminta untuk menyampaikan khutbah di masjid kampung sendiri. Alhamdulillah, tidak berapa lama saya telah dijemput oleh masjid-masjid sekitar Bukit Mertajam untuk menyampaikan khutbah Jumaat serta khutbah Hari Raya. Saya bersyukur kerna saya diberikan kepercayaan oleh jawatankuasa kariah masjid untuk menyampaikan khutbah, ceramah serta kuliah walaupun saya bukanlah seorang yang berkelulusan agama. Tapi mungkin berkat ilmu agama yang saya dalami ketika dalam usia muda sehingga kini, penghormatan tersebut diberikan kepada saya. Namun, ia bukanlah tiket untuk saya mencari kepopularitian.

Berkhutbah bukanlah satu tugas yang mudah. Segala tatatertib perlu diikut dengan sebaiknya seperti rukun khutbah dll. Baru-baru ini, timbul isu seorang pemimpin politik menyampaikan khutbah di salah sebuah masjid di Selangor sehinggakan beliau didakwa terlupa melaksanakan salah satu daripada rukun khutbah iaitu selawat ke atas Nabi SAW. Pelbagai tuduhan, kritikan dilemparkan terhadap beliau sehinggakan isu tersebut telah menarik pembabitan SPB Sultan Selangor sendiri. Namun begitu, isu tersebut tidak lama diperdebatkan kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap urusan agama Islam di negeri Selangor telah mengambil tindakan cepat bagi meleraikan segala tanda tanya. JAIS melalui pegawainya telah mengesahkan bahawa khutbah yang disampaikan oleh pemimpin tersebut sah dan menepati rukun khutbah.

Berbalik kepada tajuk kita, berkhutbah atau membaca khutbah. Khutbah yang disampaikan oleh khatib merupakan tazkirah mingguan untuk seluruh umat Islam khususnya yang wajib hadir ke solat Jumaat. Justeru, amatlah diharapkan para jemaah dapat memberikan perhatian dan fokus terhadap isi khutbah yang disampaikan. Menyampaikan khutbah bukan mudah, khatib perlu memastikan para jemaah tidak tertidur ketika khutbah disampaikan. Cuba bayangkan, sedang anda menyampaikan khutbah, para jemaah di depan tersengguk-sengguk tidur dan hilang entah ke mana. Sedikit sebanyak, ianya akan menyebabkan timbulnya secebis perasaan sakit di dalam hati. Kenapa jemaah tertidur? Pasti ada sebab mengapa jemaah tertidur ketika khatib sedang menyampaikan khutbah.

Di sini, berdasarkan kajian dan pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan para jemaah terjerumus ke dalam arena "ketiduran yang terlampau" ketika khatib menyampaikan khutbah. Antaranya ialah, faktor keletihan akibat daripada rutin harian pekerjaan. Di Malaysia, hanya 3 buah negeri yang menetapkan hari Jumaat adalah hari cuti hujung minggu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Justeru, kerana keletihan akibat rutin pekerjaan, maka ia sedikit sebanyak menjadi faktor penyebab para jemaah tidur ketika khutbah disampaikan. Faktor kedua ialah, suasana di dalam masjid yang tidak kondusif yang mana ada sesetengah masjid yang panas seolah-olah seperti tiada kipas serta sistem siling masjid yang tidak tahan haba terik panas matahari. Ruang masjid yang sempit mengakibatkan tidak cukup oksigen seterusnya mengundang rasa mengantuk dan memenatkan kepada para jemaah.

Faktor seterusnya, kelayakkan atau soft skill khatib yang boleh dipertikaikan. Ada sesetengah khatib yang hanya membaca teks yang disediakan sehinggakan tiada langsung intonasi dalam pembacaan. Inilah yang terjadi di masjid kampung sebelah kolej saya. Khatib membaca khutbah seolah-olah seperti ada rasa takut dan bimbang ketinggalan pesawat ke Pulau Pinang. Seboleh-bolehnya, khutbah ingin dihabiskan secepat mungkin. Tiada interaksi dengan para jemaah malah ada yang sebenarnya, tidak tahu pun membaca khutbah sehinggakan tergagap-gagap jadinya. Hal ini secara tidak langsung memberikan kesan terhadap tumpuan para jemaah seterusnya menyebabkan para jemaah tertidur. Keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya sistem audio yang kurang baik walaupun keadaan masjid sebegitu gah. Ituah yang saya alami.

Seperti yang saya telah ulas di awal tadi, isi kandungan khutbah yang disampaikan juga tidak menyentuh sensitiviti serta tiada kaitan dengan isu semasa. Isi kandungan kebanyakan khutbah tidak fokus, konteks yang terlalu luas dan terlalu umum serta isunya yang langsung tiada intipati yang wajar dan berguna, misalnya kempen Makanlah Buah-Buahan Tempatan ataupun Belilah Barangan Buatan Malaysia. Adalah lebih baik atau lebih afdal jika khutbah disampaikan memperdebatkan isu setempat yang berlaku di tempat berkenaan yang ianya lebih dekat di hati pendengar yakni para jemaah.

Justeru, saya ingin menggalakkan para khatib agar memperhalusi serta mempelajari segala aspek penting berkaitan penyampaian khutbah ini. Selalunya, kelemahan sebegini di kalangan para khatib dapat dilihat kepada para khatib veteren. Mereka masih terikut-ikut dengan rentak lama sehinggakan tidak mengambil berat soal-soal lain seperti intonasi, menarik perhatian para jemaah dll. Namun begitu, bukan semua khatib sebegini. Ada juga para khatib veteren yang sentiasa berubah mengikut arus zaman. Ternyatalah bahawa mereka faham konsep yang dikehendaki dalam Islam. Khutbah bukan sekadar membaca, tetapi di dalam khutbah perlu ada segala ciri-ciri penting yang mampu menarik perhatian jemaah yang akhirnya akan terus menjadi ingatan para jemaah sampai bila-bila, insyaAllah. Sekian untuk kali ini.

Wallahu'alam.

IERWAN ISMAIL
KPM Ayer Molek, Melaka.

Rabu, 10 Mac 2010

Nasihat Imam Syafie dalam Persahabatan...



Nasihat Imam Syafie dalam Persahabatan

Dipetik daripada Facebook AKU RIZAL

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.

Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh. Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan. Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. Menjaga nama baik. Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

~Doaku Untukmu~




~Ya Allah ya tuhanku, Kau berikanlah kekuatan kepada bakal isteriku Nurul Atiqa dalam menghadapi liku2 hidupnya sebagai seorang pelajar... Kau berkatilah ilmu yg dituntutnya agar ilmu tersebut dpt menjadi ilham kepadanya tika mendidik bakal2 zuriat kami... Ya Allah ya tuhanku, kuatkanlah sifat mahmudah di dalam dirinya dan jauhkanlah sifat mazmumah dari hatinya... Ya Allah ya tuhanku, Kau jadikanlah dia sebagai seorang isteri yg solehah, yg akan menjaga rumahtangganya dgn baik serta harmoni... jadiknlah dia sbg penyejuk mataku, penawar hatiku, penajam fikiranku, di waktu daku buntu, dia penunjuk jalan...Amin Ya Rabbal'alamin~



Jumaat, 26 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...




Assalamualaikum WBT...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Semoga maulid nabi pada kali ini akan memberikan semangat yang lebih kepada kita dalam usaha untuk mengamalkan sunnah Baginda SAW, insyaAllah.

Sempena peringatan Mauilid Nabi SAW ini, saya juga ingin berkongsi bersama saudara saudari, muslimin muslimat sekalian berkenaan pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil daripada peristiwa yang penuh bersejarah ini.

Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW. Semenjak lahir, hidup Baginda SAW penuh dengan liku dan pancaroba kehidupan. Baginda menjadi anak yatim pada usia bayi dan merupakan suatu dugaan besar bagi Baginda. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.

Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap Baginda SAW di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2, membuktikan kepada kita umat Islam dan umat manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujah orientalis barat dan orang2 yang berniat jahat terhadap Muhammad SAW dapat dipatahkan dgn mudah.

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan selawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda SAw.

Firman ALLAH yg bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH, maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." Kita tidak menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaul antara lelaki dan perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.

Pernah suatu ketika apabila baginda SAW melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi SAW sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa (amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran Nabi SAW.

Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH,"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."

Kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak Baginda. Maka dijawabnya bahawa akhlak nabi ialah Al Qur'an. Antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah BERANI, AMANAH, BERCAKAP BENAR, MENYAMPAIKAN DAKWAH dan CERDIK/BIJAKSANA.

Yang terakhir adalah, kita harus menyusuri kisah perjuangan Nabi SAW sepanjang bergelar Rasulullah SAW dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri, insyaAllah.

Marilah kita beramai-ramai amalkan sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW, Allahuakbar!!!



CINTAILAH RASULULLAH SAW!!!

IERWAN ISMAIL
KPM Ayer Molek, Melaka.

Rabu, 24 Februari 2010

Pujuklah Hati...



Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, seizin-Nya ,masih lagi diri ini bernafas di atas dunia yang penuh mehnah dan juga cabaran. Cabaran yg kadang2 menguji keimanan, cabaran yg menggoyahkan perasaan, cabaran yg mampu meruntunkan prinsip yg dipegang selama ini.

Subhanallah, ujian Allah itu terlalu besar ertinya buat mereka yg menemui erti hakikat sebenar diuji. Hati ini juga diuji, diuji dengan segala prinsip yg diperjuangkan. Subhanallah, kuatnya ujian kali ini jika nak dibandingkan dengan ujian semester yg akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku pasti hati kalian juga pernah diuji. Tak kisahlah ujian itu datang dalam bentuk bagaimana, kesedihan, ketakutan, kerinduan, keikhlasan, kemaksiatan, kemarahan. Hanya Allah sahaja lebih tahu ujian apakah yg Dia turunkan. Dan Dia jualah mengetahui akan kemampuan kita untuk mengatasinya. Benar kata Allah,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah Al-Baqarah ; 286

Keikhlasan ku teruji, disaat hati berbolak-balak membenarkan sesuatu yg jelasnya hara Aku terpanggil untuk mengenang kembali IKHLAS hatiku. Untuk apakah aku pertahankan prinsip hidupku ini? Jauh di sudut hatiku menjerit untuk Allah!!!!!. Namun, suaranya sayup-sayup kedengaran jauh di pelosok rongga hati ku yg kian kelam.
Aku mohon kepada khaliqku agar disucikan hati ini, kerana hanya hati yg bersih mampu memberi firasat yg benar…Hati yg bersih bukan sahaja memudahkan ilmu meresap masuk ke dalamnya..malah kemurniannya akan terpancar pada wajahnya. Aku ingin menjadi insan itu.

Sekalipun telah panjang lebar aku uraikan, namun , ikhlas itu yg pasti adanya di dalam hati. Berusahalah mencari keikhlasan kerana ia selalu bersembunyi di sebalik kemahuan.Janganlah kerana keinginan hati, ikhlas itu diketepikan , syariat tuhan di ke sampingkan.

Suka kiranya diri yg kerdil, lemah lagi hina ini untuk menyeru sahabat2 sekalian. Andai kata Allah telah menentukan sesuatu (hukum) janganlah kita mencuba untuk memikirkan yg selain itu. kerana bukan kebahagiaan yg kita cari tapi kebinasaan.

Seperti firman Allah:

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka*. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia). *Bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus menaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah”

Surah -Al Qashash ; 68

Tatkala, dirimu ingin melakukan sesuatu fikirkanlah, adakah ia bertepatan dengan kalam Tuhan ataupun sabda Rasul junjungan. Ingatlah bahawa dunia ini adalah persinggahan yg keindahannya sungguh mempersonakan. Nescaya berhati-hatilah pabila membuat pilihan atau keputusan kerna aku takut kita akan tersalah jalan.

“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan *yakni jalan kebajikan dan jalan kejahatan*”

Surah Al-Balad ; 10

Sebelum aku mengakhiri tinta mindaku ingin aku katakan. Letakkanlah keyakinan mu itu pada janji tuhan kerana Allah tak pernah mengecewakan. Pujuklah hatimu dengan kalam-kalamullah yang tersusun indah seperti yang ingin aku kongsikan ini…

“Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal”.

“Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.

Wallahua'lam.


Isnin, 15 Februari 2010

Produk ANA EDAR untuk ANDA!!!



Jus Qaseh KEKANDA RM71.90 (Sem. Malaysia) RM76.90 (Sabah & Sarawak)


Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam seperti JUS KURMA, MADU, AIR ZAM-ZAM, BUAH TIIN, BUAH ZAITUN, HABBATUS SAUDA’, ZA’FARAN, GINKGO BILOBA dan SIRIH dalam satu formulasi istimewa serta ramuan khusus terpilih - untuk lelaki Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).


Jus Qaseh ADINDA RM71.90 (Sem. Malaysia) RM76.90 (Sabah & Sarawak)


Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam seperti JUS KURMA, MADU, AIR ZAM-ZAM, BUAH TIIN, BUAH ZAITUN, HABBATUS SAUDA’, ZA’FARAN, GINKGO BILOBA dan SIRIH dalam satu formulasi istimewa serta ramuan khusus terpilih - untuk lelaki Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).


ANA CERDAS RM55.00 (Sem. Malaysia) RM60.00 (Sabah & Sarawak)


ANA CERDAS mengandungi garam mineral spt Potassium Fosfat, Magnesium Fosfat, Natrium Fosfat & Ferum Fosfat yg b'fungsi m'bantu sel-sel otak m'jalankan proses biokimia otak serta m'bawa oksigen ke seluruh badan utk menambahkan kecekapan mental & tenaga. Selain itu, Ana Cerdas juga dapat :
• Meningkatkan perjalanan oksigen dan darah ke otak.
• Membantu menghilangkan kemurungan.
• Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan tenaga.
• Membantu menghilangkan rasa gemuruh.
• Membantu meringankan sifat pelupa.
• Sangat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Selamat & tiada kesan sampingan.


SMART KIDS RM64.90 (Sem. Malaysia) RM69.90 (Sabah & Sarawak)


Smart Kids Honey Blend, Satu Produk Istimewa yg menggabungkan kebaikan Madu, Kurma, Habbatus Sauda', Kismis, Ginkgo & Badam. Gabungan unik ini m'jadikan Smart Kids Honey Blend satu produk yang istimewa dan padat dengan faedah-faedah kesihatan yg cukup byk & yg paling utama ialah kemampuan Smart Kids Honey Blend m'bekalkan nutrien & zat kepada badan terutamanya minda dan membantu menggalakkan proses pemikiran yang lebih cerdas dan efektif.


RINDU CAFE 20 PEK RM19.90 (Sem. Malaysia) RM23.90 (Sabah & Sarawak)


Kelazatan Kopi putih Arabica diadun dengan khasiat koko, madu dan Ashwagandha yang juga dikenali sebagai Ginseng India. Kopi pracampur 5 dalam 1 ini juga tidak mengandungi aroma dan perisa tiruan. Bukan GMO atau GE. Kerinduan sejati hanya dengan Rindu Cafe'.


COCO HONEY MIX 20 PEK RM19.90 (Sem. Malaysia) RM23.90 (Sabah & Sarawak)


Minuman berasaskan koko yang diperkaya dengan madu dan gingko biloba. Rasa koko asli yang memang lazat dan menyegarkan. Bukan GMO atau GE. Sangat sesuai dijadikan minuman harian yang menyihatkan untuk seisi keluarga.


BEDAK DEBU WANGI AURA RM10.00 (Sem. Malaysia) RM12.00 (Sabah & Sarawak)


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan lelaki. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


BEDAK DEBU WANGI ILHAM RM10.00 (Sem. Malaysia) RM12.00 (Sabah & Sarawak)


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan wanita. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


BEDAK DEBU WANGI SENJA RM10.00 (Sem. Malaysia) RM12.00 (Sabah & Sarawak)


Diminati ramai kerana baunya yang harum dan kontemporari, sesuai untuk golongan lelaki dan wanita. Debunya yang halus dan bermutu tinggi menjadikannya mudah diratakan. Diperkaya dengan agen anti bakteria untuk pelindungan yang lebih kepada kulit anda. Gunakanlah setiap masa bagi menambahkan keyakinan diri anda!


SABUN MUKA EKSOTIKA WAJAH RM15.90 (Sem. Malaysia) RM17.90 (Sabah & Sarawak)


Dirumus khas dengan kulit kayu manis, ekstrak buah bunga tanjung dan madu. Kombinasi unik ini membantu meningkatkan seri wajah serta mengatasi masalah kulit jika diamalkan secara konsisten. Produk ini dibuat dengan tangan untuk mengekalkan keaslian dan dikeluarkan dengan edisi terhad. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya!



JIKA TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI SAYA MELALUI TELEFON ATAUPUN EMAIL.

PENGHANTARAN PERCUMA HANYALAH DI SEKITAR UNIVERSITI MALAYA DAN MELAKA TENGAH SAHAJA.

SEBARANG URUSAN POS LAJU ATAU POS EKSPRES, TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI DIMINTA MENAMBAH SEBANYAK RM5.00 SEBAGAI CAJ PENGHANTARAN.

BAYARAN BOLEH MELALUI CASH ATAU BANK-IN KE AKAUN MAYBANK/CIMB SAYA.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SELEPAS MEMBUAT BAYARAN SECARA BANK-IN/TRANSFER.


MAKLUMAT PEMBAYARAN

IERWAN ISMAIL (U10/0030-056)

NO. TEL : +6012 590 5982

EMAIL : ierz_rz@yahoo.com

AKAUN MAYBANK : 164258431781

AKAUN CIMB : 07290031846528



BERSAMA MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH!!!

Khamis, 11 Februari 2010

Happy Chinese New Year!!!



Selamat sejahtera,

Kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang mengenali atau tidak mengenali saya, diucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Have a nice day.

Sekian.

Ierwan Ismail
Malacca, KPM Ayer Molek.

Rabu, 10 Februari 2010

Hargailah Insan Bernama Lelaki...



Hargailah lelaki...
seteruk mana perangai mereka..
kita lahir dari tulang rusuk mereka..
kita ditakdirkan untuk lengkapkan hidup mereka...

Hargailah lelaki..
jika permainkan hati mereka
bagai kita melukakan diri kita..
bagai kita menjatuhkan diri kita...

Hargailah lelaki..jika kita mendendami mereka...
bagai kita membenci diti kita..
bagai kita membakar diri kita..

Hargailah lelaki...
walaupun mereka tidak sempurna yang kita idamkan..
walaupun mereka tidak sebaik yang kita harapkan..
walaupun mereka tidak sekacak yang kita inginkan..

Hargailah lelaki..
kalau tidak kerana ADAM, TIDAKlah wujud insan benama HAWA...



Isnin, 25 Januari 2010

Mengimbau Kenangan Pilihanraya Kampus



Assalamualaikum dan Salam Aspirasi...(ucapan tika berkempen dulu, hehe..)

Melihat kerancakkan suasana pilihanraya, oppsss pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) di Universiti Malaya, mengingatkan kembali saya terhadap nostalgia tahun 2005 lalu (boleh dianggap nostalgiakah?, baru sangat). Ketika itu, saya telah terpilih sebagai salah seorang calon bagi pihak Aspirasi (kini Penggerak Mahasiswa) untuk bertanding dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya bagi sesi 2005/2006.

Sebenarnya, ketika saya masih di tahun pertama, saya telah bertekad untuk tidak mengaktifkan diri saya dalam politik kampus. Pengalaman "gagal" ketika di alam persekolahan telah membuatkan saya berfikir panjang dan hasilnya, saya tidak menghiraukan politik kampus. Kalau ada pon, cuma untuk mengambil bahasa (jaga hati kawan2) dan bukan untuk menjadikan diri sebagai campus politican.

Namun, segalanya sementara. Bila saya menjadi roomate kepada mantan YDP MPMUM, saudara Mohd Efendi Omar, minat saya bercambah untuk bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat kampus. Saya mula mempelajari sedikit sebanyak selok belok politik kampus. Tika ini, saya seperti sudah pasti akan menjadi calon bagi pihak Aspirasi. Cuma menunggu ianya betul2 rasmi sahaja.

Dengar2 di peringkat awal, nama saya dicalonkan untuk kerusi peringkat UMUM. Namun, kerana ketiadaan calon berwibawa di fakulti, saya ditukarkan post untuk bertanding di peringkat fakulti iaitu Sastera & Sains Sosial. Saya juga menerima tawaran untuk bertanding bagi pihak GMUM atau Gagasan (sekarang Pro-M) ketika itu. Setelah meneliti dari pelbagai aspek, saya membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Aspirasi.



Kenapa saya memilih Aspirasi? Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan di sini. Mungkin beberapa orang sahabat2 dapat menjelaskan mengapa saya memilih untuk bertanding atas tiket Aspirasi. Teman2 daripada GMUM juga ada yang mengetahui mengapa saya memilih Aspirasi. Tahukah saudara saudari, selepas penamaan calon, saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa pemimpin tertinggi GMUM yang saya hormati ingin berjumpa saya untuk mendapatkan penjelasan mengapa saya memilih Aspirasi.

Saya masih ingat, ketika itu empat calon (termasuk saya) telah mendaftar sebagai calon bagi kerusi fakulti Sastera & sains Sosial. Bagi pihak Aspirasi, saya dan saudari Siti Halimah Ismail (bekas Persiden KK3) telah dicalonkan manakala di pihak GMUM ialah saudara Anuar dan saudara Khaidir (dua2 juga merupakan teman saya). Kesemua kertas pencalonan diterima oleh pihak urusetia SPR Universiti Malaya.

Bermulalah kempen yang pada ketika itu, cuma 2 hari sahaja. Dari pagi sehingga ke malam, saya bersama rakan2 ke hulu ke hilir berkempen untuk mendapatkan sokongan. Penat letih berkempen amat terasa ketika itu, namun perjuangan perlu diteruskan. Saya ketika berkempen, membawa moto 3K, iaitu Kebajikan, Keselamatan dan Keadilan. Alhamdulillah, penerimaan di kalangan rakyat kampus amat memberansangkan. Walaupun begitu, ada juga yang kurang prihatin.

Hari mengundi, 29 September 2005 saya telah turun awal bagi melihat keadaan proses pilihanraya. Saya telah mengundi di Kolej Kediaman Za'ba (KK7) bersama teman2 yang lain. Calon YDP Aspirasi ketika itu, saudara Efendi awal2 pagi lagi telah mengundi kerana beliau perlu lebih proaktif memandangkan beliau calon kerusi UMUM, hehehe... Namun, itu tidak bermakna saya tidak proaktif cuma skop saya tidak besar seperti beliau.

Saya turut mengambil inisiatif melakukan lawatan ke pusat2 pengundian seperti di kolej kediaman dan Dewan Tunku canselor. Apa yang menariknya, hari mengundi pon saya masih sempat menghadiri kuliah di fakulti. Semasa di fakulti, ada juga teman-teman yang mengucapkan semoga berjaya pada saya. Yang paling saya ingati, coursemate saya, juga merupakan senior saya (penyokong GMUM) datang dan menyatakan beliau yakin dengan perjuangan yang saya bawa. Beliau menyatakan bahawa beliau telah mengundi saya dan yakin (insyaAllah) saya akan menang. Cukuplah saya menyatakan beliau sebagai Hidayah.



Keputusan pilihanraya kampus untuk sesi 2005/2006 diumumkan lebih kurang jam 4 pagi di Auditorium KPS. Saya sudah berada di audi sejak jam 12.00 malam. Yang sebenarnya, ketika jam 11.45 malam, saya baru saja meng'order' mee goreng basah di sebuah cafe KK7. Saya memang teringin sangat nak makan mee goreng tersebut aka mengidam (sedap sgt). Tetapi, ada panggilan palsu yg menyatakan keputusan akan diumumkan dalam tempoh 30 minit lagi. Huh, saya terpaksa meng'cancel'kan order tersebut lantas bergegas ke Auditorium KPS.

Malangnya, saya tertipu...hahaha (padan ngn muka aku). Berlapar la kat dalam audi tue. Nak keluar, memang sudah takde ruang lagi. Rakyat kampus telah memenuhi seluruh pelusuk audi. Redha2, nasib baik ada yang perihatin, dikongsinya roti yang dibeli bersama-saya. Terima kasih saya ucapkan kepada pelajar yang saya tidak tahu namanya. Lebih kurang jam 4 pagi, keputusan pon diumumkan. Keputusan bagi fakulti Sastera & Sains Sosial merupakan fakulti pertama diumumkan selepas semua kerusi fakulti menang tanpa bertanding diumumkan.

Saya satu2nya calon fakulti Sastera & Sains Sosial yang mendapat undi lebih daripada seribu. Teman saya, Siti Halimah memperoleh undi sebanyak 900 lebih manakala, 2 sahabat saya daripada GMUM hanya mendapat undi sebanyak 200 lebih. Maka saya dan saudari Siti Halimah telah diisytiharkan sebagai pemenang kerusi FSSS. Maka bermula dari detik itu, tanggungjawab telah bertambah. Saya bersyukur namun agak gementar dengan kemenangan tersebut. Tanggungjawab yang dipikul ini amat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti.



Cukuplah dulu setakat ini, ada pekerjaan lain yang perlu saya sudahkan. Saya akan sambung semula di penulisan akan datang. Sekian.

Ierwan Ismail
Mantan MPMUM 05/06




Khamis, 14 Januari 2010

TERLANJUR SAYANG, Sebuah Cerpen Yang Menyentuh Jiwa...



CERPEN : TERLANJUR SAYANG
Sumber : http://halaqah.net

Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

"Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita."

Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius.

"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.

"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat
satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi…" Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.

Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang ku minum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh…Lelaki, semuanya sama…

"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

"Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz tersenyum lagi

Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu.

Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.

"Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya. "Kalau saya baca, adakah niat awak ituakan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.

Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini
benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada
Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.

"Assalamualaikum…." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.

Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz.

Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh….makin difikir, makin pening aku
dibuatnya.



Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah.

Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi
kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami
tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.
"Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak."

Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan
dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!

"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.

Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat.

Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.

"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati
awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz.

"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa
Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.

Dia tersenyum, "saya tunggu di bilik." Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali
kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka
selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku.

Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.

Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku Nampak bayangan Izham dalam diri Harriz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini.

Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.

Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh.Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang…

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang.


"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah
pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Harriz.

"Saya tunggu awak…."

"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?" "Awak dah makan? Hari ni saya masak laukkegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni."

Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak.

Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.

"Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang."

Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.."

"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan?
Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.

Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia.

Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.

"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan
susah…" Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.

"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.


"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku…?

Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami.

Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagai suami.

"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu
ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.

"Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salah ke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..

"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan
ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.

"Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.

"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."

Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik.

Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.

"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik."

"Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee…. bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala.

Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.

"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku.

"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku.

Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.



"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz.

Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.

Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran
aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti.

Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suamiyang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlasmenyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku.

Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat
ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan
lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham?

Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Harriz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar hidup ini.

"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu.

Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.

"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara.

Tapi bukannya aku marahkan Harriz, Cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala
yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.

"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak
awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang."

Harriz….Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti.

Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk
menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku,
biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz.

Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini.

Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan.

Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.

Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TUHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah
kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak
tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."

Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang
terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu.

Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di
sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.

"Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.

"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan
sama universiti dengan awak." Aku ternganga.

Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?

"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan
tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa.

Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia.

"Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.

"Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya
tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." Harriz
tertunduk menahan sebak di dada.

"Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat…."

Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba maksudkan? Harriz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.

"Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang
lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini."

Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.

Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak Nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah. "Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar
zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang
singkat untuk saya lebih mengenali awak.

"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi….

Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu.

Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan dengan aku.

Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.


Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan
akhirnya….

"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT
HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"

-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya…Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.

Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut?

Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya…

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz.

Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku.

Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?

Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar
untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu.


Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu.

Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu.

Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.

Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz…..Di mana kau sekarang…

Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah.

Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk.

Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz…Ya Tuhan, selamatkan Harriz.

Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju.

Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.

Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini.

Harriz…Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila…

"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain….."

Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk.

Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.

"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain…" Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba.

Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik.

Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya.

Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri.

Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..

Ikhlasnya cintamu itu tidak standing dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz…

Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.

Sesungguhnya… syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang…

Permata hati buat isteri yang disayangi

Nurul Ain Bt Hamdi…

Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas….
Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya…
Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak…
Namun,
Harapan itu tetap ada dalam impian saya
Saya sayang awak lebih dari segalanya
Saya mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana
Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa…
Namun, pemergian saya tak dirancang…
Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya.
Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan
diri ini yang sentiasa mencintai awak…

-HARRIZ BIN HASHIM-