Wajah-wajah Ceria


Sabtu, 10 Januari 2009

BOIKOT ISRAEL!!!! TAKBIR!





Ajar Israel-Amerika,boikot barangan mereka - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) -Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.
"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.




Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah, Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Sumber : Harakahdaily.Net







Selasa, 6 Januari 2009

Seladang Rebah Di Shah Alam



Malam nie aku tak berharap sangat pon team Perak akan menang bcoz masa friendly game lepas Perak dah kena belasah sampai 5-1. Namun atas rasa keinginan yang amat membuak-buak untuk melihat sendiri pemain-pemain muda Perak nie, aku pon ambil keputusan untuk ke Stadium Shah Alam bersama seorang kawan.

Aku sampai di stadium lebih kurang jam 8.30 malam. Tapi dapat masuk dalam jam 9.00 mlm coz ramai sangat orang beratur nak beli tiket. Masa aku masuk tue, game still lagi 0-0. Tak lama kemudian (lebih kurang 5 minit), akhirnya Perak memecah kebuntuan dengan jaringan cantik daripada Razali Umar. Sayang seribu kali sayang, tak sampai 2 minit Selangor dah dapat score untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Mengikut pemerhatian aku, Safee yang score gol tue dalam keadaan off-side tapi memandangkan aku takde kuasa apa2, apa boleh buat, aku terima jela. Nak maki referee, tak mungkin la. Dia pon manusia macam kita jugak, tak lepas melakukan kesilapan. Lagipun, referee tue dah pegi kursus kepengadilan manakala aku dengan brader2 yang dok maki referee sebenarnya belum pernah pon pegi kursus tersebut, hehehe...

First half, game 1-1. Masuk second half, lebih kurang minit 65, Selangor score lagi. Kali nie Amirul Hadi yang buat pasal, hehe. Lagi 5 minit nak habis masa sebenar, Perak bolos lagi gol yang ketiga. Kalau tak silap aku, Nasriq yang score gol tue hasil daripada free kick.

Walaupun kalah, tapi aku berasa amat puas hati dengan corak permainan yang ditampilkan skuad muda Perak nie. Boleh pergi jauh lagi rasanyer cuma coach kena fokus betul-betul pada barisan pemain tengah coz midfielder Peark banyak buang bola, kurang idea dan tidak kreatif. Defend aku nampak ok cuma kena fokus lebih skit masa main. Kalau bukan kerana kecemerlangan Megat di gawang gol, kalah besar Perak ngn selangor.

Apapun, good luck to team Perak for the next game. Perak vs PDRM at Stadium Perak. Kalau main macam kat Shah Alam, comfirm aku percaya Perak akam menang.

Ierwan Ismail
Dari UM ke MRSM

Ahad, 4 Januari 2009

Al-Hikmah

Sabtu, 3 Januari 2009

Gadis Bertudung Labuh

Puisi ini terhasil ketika aku berada di meja peperiksaan yang mana di depanku bertentang mata dengan seorang gadis bertudung labuh...

Dua bulan kemudian barulah ku tahu namanya kerana dia juga seorang Pembantu Mahasiswa UM...

Nama gadis itu, hehe... RAHSIA!

Gadis Bertudung Labuh

Dia ada di depanku
menulis begitu laju
seolah mengejar sesuatu,
yang bergelar masa dan waktu
buat menamat peperangan pena
yang aku juga sedang hadapi

tertunduk bukan selalu
kerna tiada ilmu yang datang begitu laju
untuk dirimu,
terkadang mendongak memikir sesuatu
atau sekadar satu strategi
untuk melihatku yang ada di depanmu
wahai gadis bertudung labuh

Tinggal beberapa detik kini
untukku dan kamu berpisah tak bertemu
buat waktu kini
tapi doaku panjat buat yang Satu
moga dirimu dapatku temu
di lain waktu
jika Tuhan mengizini


Ierwan Ismail, 3 Mei 2008 – BP,UMKL

BEBERAPA CORAK KEPEMIMPINAN

1. KEPEMIMPINAN BERWAWASAN [VISIONARY LEADERSHIP]

• Menyemarakkan semangat orang lain supaya berubah;
• Wawasan itu hendaklah memberi semangat lagi dinamik;
• Menimbulkan rasa bangga mencapainya;
• Mewujudkan kemungkinan dan masa depan yang dinamik di mana setiap orang ada kepentingan;
• Mampu memperlihatkan gambaran corak masa akan datang apabila wawasan tersebut tercapai – termasuklah yang bukan bermatlamatkan nilai, yang bukan berbentuk kewangan dan yang menghasilkan rasa teramat bangga kepada individu dan organisasi.

2. KEPEMIMPINAN KOMUNIKATIF [COMMUNICATIVE LEADESHIP]

• Pemimpin hendaklah menyampaikan wawasan perubahan itu dan implikasinya terhadap kerja sehari-hari mereka yang terlibat;
• Rasional, matlamat dan manfaat hasil daripada perubahan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya orang akan menjadi yakin akan keperluan untuk berubah;
• Menterjemahkan wawasan itu dan menjelaskan kepada orang secara terperinci bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam mengimplimentasikan perubahan itu;
• Menyatakan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh setiap mereka yang dipimpin, dan bagaimana mereka bersama-sama menyumbang terhadap pencapaian keseluruhan objektif perubahan tersebut.
• Mereka hendaklah menjadi agen perubahan yang terlatih dan yang boleh melatih (coach) orang lain untuk melakukan perubahan selaras dengan wawasan tersebut.

3. KEPEMIMPINAN BUJUKAN [PERSUASIVE LEADERSHIP]

• Pemimpin hendaklah meyakinkan orang mengenai wawasan dan program perubahan itu kepada mereka yang terlibat;
• Pemimpin bukan sahaja kena menjual program perubahan itu tetapi mereka juga hendaklah memasukkan sama analisis, kesudahan (conclusions), perakuan, kesungguhan, kredibiliti, komitmen dan track record,
• Mereka hendaklah meyakinkan orang akan manfaat dan ganjaran yang dapat diperolehi hasil daripada perubahan tersebut, dan bukan semata-mata dipaksakan kepada orang;
• Pemimpin membujuk membantu orang melihat peluang dalam suasana yang sukar dan meyakinkan orang bahawa manfaat perubahan itu mengatasi kos yang terlibat.

4. KEPEMIMPINAN TERLIBAT [PARTICIPATIVE LEADERSHIP]

• Pemimpin perlu mendedahkan diri mereka supaya orang lain dapat melibatkan diri mereka dalam proses perubahan tersebut;
• Menggalakkan orang lain mempersoalkan andaian mereka (to question their assumptions);
• Mengizinkan orang menyuarakan kebimbangan mereka dan memberi masa secukupnya untuk membuat penjelasan;
• Dengan melibatkan orang lain dari mula perancangan sehingga pelaksanaan dan memantau perubahan itu kelak akan dapat meningkatkan komitmen mereka;
• Mengizinkan orang menyumbang dari sudut buah fikiran (input) dan maklum balas akan memperbaiki lagi program perubahan tersebut dan juga proses pelaksanaannya;
• Memenangi hati dan komitmen orang dengan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan dan menawarkan mereka sebahagian daripada gerakan dan tindakan organisasi itu.

5. KEPEMIMPINAN MENYOKONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]

• Untuk mengatasi penentangan (resistance) terhadap perubahan, pemimpin perlu menggunakan kuasa kepemimpinannya dengan memberi sokongan sepenuhnya dalam proses perubahan tersebut.
• Ini melibatkan penyediaan sumber yang perlu dan juga sokongan moral dan galakan yang amat diperlukan dalam waktu berlakunya perubahan dan kesulitan.
• Menyediakan ruang untuk orang mendapatkan bantuan sewaktu mereka memerlukan pertolongan pasti dapat meredakan penentangan terhadap perubahan.
• Pemimpin yang senantiasa bersedia membantu tidak akan melarikan diri daripada masalah – mereka akan menghadapinya dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikannya.

6. KEPEMIMPINAN MENGAMBIL RISIKO [RISK TAKING LEADERSHIP]

• Pemimpin hendaklah menyediakan suasana yang sesuai (kondusif) untuk orang berubah.
• Untuk menggalakkan orang berubah, pengurus hendaklah mengizinkan orang mengambil risiko.
• Mengambil risiko bermakna ada ketikanya kesilapan boleh berlaku.
• Untuk mewujudkan (create) suasana yang selamat supaya orang sanggup mengambil risiko, pemimpin hendaklah bersedia melindungi mereka yang benar-benar berusaha sebaik mungkin tetapi gagal.
• Pemimpin hendaklah jangan terlalu cepat menghukum orang kerana kesilapan mereka. Sebaliknya mereka hendaklah menggalakkan langkah memperbaiki diri sendiri (self-corrective measures) di mana orang akan terus belajar, menjadi bertambah baik dan berkembang.

7. KEPEMIMPINAN MENDORONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]

• Untuk menggalakkan berlakunya perubahan, pemimpin hendaklah menyediakan ganjaran yang menarik yang melengkapi usaha dan hasil perubahan.
• Dalam hal ini pemimpin hendaklah menggunakan ganjaran rohaniah (intrinsic) dan juga ganjaran yang dapat dilihat (extrinsic).
• Ganjaran rohaniah termasuklah menyediakan suasana di mana orang dapat merasakan pencapaian (sense of achievement), rasa bangga (sense of pride) dan pengiktirafan sewajarnya dan seterusnya menghormati usaha mereka dan hasil yang mereka perolehi.
• Ganjaran luaran yang dapat dilihat, termasuklah yang berbentuk kewangan, hendaklah dikaitkan dengan prestasi positif hasil daripada perubahan.
• Adalah menjadi peranan pemimpin untuk mempertahankan orang mereka dan seterusnya memberi ganjaran kepada mereka yang telah membantu organisasi mencapai perubahan dengan jayanya.

Barisan muda Yob bermula baik




Tahniah teman ucapkan buat skuad muda Perak yang telah berjaya menundukkan pasukan KM Naza dalam perlawanan pertama Liga Super musim 2009 dengan jumlah jaringan 2-0. Sudah semestinya perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Perak penting untuk dimenangi oleh skuad Yob memandangkan skuad kali ini merupakan pasukan yang berwajah baru. Walaupun terpaksa menunggu sehingga ke babak kedua permainan sebelum berjaya menembusi kubu gol KM Naza menerusi Wan Hussin Wan Abd. Ghani (m-64) dan Sharizal Mohd. Saad (m-90), kemenangan ini amat berharga bagi seluruh rakyat Perak.

Perak merupakan satu-satunya pasukan tuan rumah yang memenangi perlawanan semalam. menentang pasukan KM Naza yang dibarisi oleh beberapa orang bekas pemain kebangsaan merupakan satu tugas yang sukar. Namun begitu, berkat kerjasama dan usaha yang tidak berbelah bagi para pemain beserta penguruan baru dan jurulatih, skuad Yob berjaya juga mencapai kemenangan yang boleh dianggap sebagai pemangkin semangat dan moral pemain menjelang pertemuan kedua Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada 6 Januari ini.

Buat semua pemain, kekalkan momentum pada perlawanan pertama bagi menghadapi perlawanan getir seterusnya menentang Selangor. KEJOR YOB KEJOR!!!

Ierwan Ismail
Taiping Mali, Perak State 2009

Keputusan Perlawanan Lain (Liga Super, 3 Januari 2009)

Kedah 1 Selangor 4
Stadium Darulaman, Alor Setar

Polis 0 UPB My Team 3
Stadium MP Selayang

Terengganu 2 Perlis 3
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Pahang 2 Johor FC 3
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pulau Pinang 0 Negeri Sembilan NAZA 3
Stadium Bandaraya, Penang

Kelantan vs KL Plus FC (Tunda kerana hujan)
Stadium Sultan Mohamad ke IV

Khamis, 1 Januari 2009

Teruskan Perjuangan





Assalamualaikum WBT

Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah dan Masihi pada kali ini akan menjadikan diri kita terus kuat dalam menghadapi segala cabaran dan pancaroba kehidupan.

Berjuang mesti ikhlas kerana ALLAH!

Salam Perjuangan,

IERWAN ISMAIL

Dari UM ke MRSM