1. KEPEMIMPINAN BERWAWASAN [VISIONARY LEADERSHIP]
• Menyemarakkan semangat orang lain supaya berubah;
• Wawasan itu hendaklah memberi semangat lagi dinamik;
• Menimbulkan rasa bangga mencapainya;
• Mewujudkan kemungkinan dan masa depan yang dinamik di mana setiap orang ada kepentingan;
• Mampu memperlihatkan gambaran corak masa akan datang apabila wawasan tersebut tercapai – termasuklah yang bukan bermatlamatkan nilai, yang bukan berbentuk kewangan dan yang menghasilkan rasa teramat bangga kepada individu dan organisasi.
2. KEPEMIMPINAN KOMUNIKATIF [COMMUNICATIVE LEADESHIP]
• Pemimpin hendaklah menyampaikan wawasan perubahan itu dan implikasinya terhadap kerja sehari-hari mereka yang terlibat;
• Rasional, matlamat dan manfaat hasil daripada perubahan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya orang akan menjadi yakin akan keperluan untuk berubah;
• Menterjemahkan wawasan itu dan menjelaskan kepada orang secara terperinci bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam mengimplimentasikan perubahan itu;
• Menyatakan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh setiap mereka yang dipimpin, dan bagaimana mereka bersama-sama menyumbang terhadap pencapaian keseluruhan objektif perubahan tersebut.
• Mereka hendaklah menjadi agen perubahan yang terlatih dan yang boleh melatih (coach) orang lain untuk melakukan perubahan selaras dengan wawasan tersebut.
3. KEPEMIMPINAN BUJUKAN [PERSUASIVE LEADERSHIP]
• Pemimpin hendaklah meyakinkan orang mengenai wawasan dan program perubahan itu kepada mereka yang terlibat;
• Pemimpin bukan sahaja kena menjual program perubahan itu tetapi mereka juga hendaklah memasukkan sama analisis, kesudahan (conclusions), perakuan, kesungguhan, kredibiliti, komitmen dan track record,
• Mereka hendaklah meyakinkan orang akan manfaat dan ganjaran yang dapat diperolehi hasil daripada perubahan tersebut, dan bukan semata-mata dipaksakan kepada orang;
• Pemimpin membujuk membantu orang melihat peluang dalam suasana yang sukar dan meyakinkan orang bahawa manfaat perubahan itu mengatasi kos yang terlibat.
4. KEPEMIMPINAN TERLIBAT [PARTICIPATIVE LEADERSHIP]
• Pemimpin perlu mendedahkan diri mereka supaya orang lain dapat melibatkan diri mereka dalam proses perubahan tersebut;
• Menggalakkan orang lain mempersoalkan andaian mereka (to question their assumptions);
• Mengizinkan orang menyuarakan kebimbangan mereka dan memberi masa secukupnya untuk membuat penjelasan;
• Dengan melibatkan orang lain dari mula perancangan sehingga pelaksanaan dan memantau perubahan itu kelak akan dapat meningkatkan komitmen mereka;
• Mengizinkan orang menyumbang dari sudut buah fikiran (input) dan maklum balas akan memperbaiki lagi program perubahan tersebut dan juga proses pelaksanaannya;
• Memenangi hati dan komitmen orang dengan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan dan menawarkan mereka sebahagian daripada gerakan dan tindakan organisasi itu.
5. KEPEMIMPINAN MENYOKONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]
• Untuk mengatasi penentangan (resistance) terhadap perubahan, pemimpin perlu menggunakan kuasa kepemimpinannya dengan memberi sokongan sepenuhnya dalam proses perubahan tersebut.
• Ini melibatkan penyediaan sumber yang perlu dan juga sokongan moral dan galakan yang amat diperlukan dalam waktu berlakunya perubahan dan kesulitan.
• Menyediakan ruang untuk orang mendapatkan bantuan sewaktu mereka memerlukan pertolongan pasti dapat meredakan penentangan terhadap perubahan.
• Pemimpin yang senantiasa bersedia membantu tidak akan melarikan diri daripada masalah – mereka akan menghadapinya dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikannya.
6. KEPEMIMPINAN MENGAMBIL RISIKO [RISK TAKING LEADERSHIP]
• Pemimpin hendaklah menyediakan suasana yang sesuai (kondusif) untuk orang berubah.
• Untuk menggalakkan orang berubah, pengurus hendaklah mengizinkan orang mengambil risiko.
• Mengambil risiko bermakna ada ketikanya kesilapan boleh berlaku.
• Untuk mewujudkan (create) suasana yang selamat supaya orang sanggup mengambil risiko, pemimpin hendaklah bersedia melindungi mereka yang benar-benar berusaha sebaik mungkin tetapi gagal.
• Pemimpin hendaklah jangan terlalu cepat menghukum orang kerana kesilapan mereka. Sebaliknya mereka hendaklah menggalakkan langkah memperbaiki diri sendiri (self-corrective measures) di mana orang akan terus belajar, menjadi bertambah baik dan berkembang.
7. KEPEMIMPINAN MENDORONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]
• Untuk menggalakkan berlakunya perubahan, pemimpin hendaklah menyediakan ganjaran yang menarik yang melengkapi usaha dan hasil perubahan.
• Dalam hal ini pemimpin hendaklah menggunakan ganjaran rohaniah (intrinsic) dan juga ganjaran yang dapat dilihat (extrinsic).
• Ganjaran rohaniah termasuklah menyediakan suasana di mana orang dapat merasakan pencapaian (sense of achievement), rasa bangga (sense of pride) dan pengiktirafan sewajarnya dan seterusnya menghormati usaha mereka dan hasil yang mereka perolehi.
• Ganjaran luaran yang dapat dilihat, termasuklah yang berbentuk kewangan, hendaklah dikaitkan dengan prestasi positif hasil daripada perubahan.
• Adalah menjadi peranan pemimpin untuk mempertahankan orang mereka dan seterusnya memberi ganjaran kepada mereka yang telah membantu organisasi mencapai perubahan dengan jayanya.
Bibik pakai barang majikan buat video TikTok
33 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan