Ahad, 23 Ogos 2009

E-JARIAH.NET (Dana Saling Membantu Sesama Muslim)




E-jariah.Net


Klik pada banner di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program.

PROGRAM E-JARIAH.NET

(Dana Saling Membantu Sesama Muslim)

ANDA ADA MASALAH HUTANG
MODAL UNTUK PERNIAGAAN
DUIT PENCEN SEDIKIT
GAJI BESAR TAPI BANYAK KENA POTONG…GAJI KECIL
GAJI HANYA CUKUP MAKAN
ANDA KESEMPITAN WANG UNTUK BERBELANJA
HARGA BARANG NAIK / MINYAK PETROL NAIK

JANGAN PINJAM “ALONG”
JANGAN BERJUDI (TOTO, 4D, LOTERI)

MENCUBA NASIB SAMBIL MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SWT
PERCAYALAH, JIKA KITA JUJUR DAN IKHLAS…INSYAALLAH

CUBALAH. IA AMAT MUDAH, DI SAMPING MENDAPAT PAHALA,
ANDA MENDAPAT Ringgit Malaysia (RM) YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

SUMBANGAN ANDA HANYA RM 50.00 SAHAJA MELALUI MAYBANK

RENUNGAN

“Hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”

Selasa, 18 Ogos 2009

Utusan Malaysia Online + Berita Harian Online VS HarakahDaily.Net - Isu Terbaru Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat



Berita Harian Online

Islam Umno tidak masuk syurga: Mursyidul Am Pas

Nik Aziz samakan agama dibawa Umno seperti diamalkan di Palestin

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.

"Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.

"Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman)," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam.

Pengundian akan diadakan pada 25 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman, pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Sebelum ini, ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan terhadap Umno dengan menyatakan parti itu sama seperti komunis.

Selain itu, beliau turut menyamakan Umno yang majoritinya dianggotai orang Islam seperti Ayah Pin, iaitu individu yang pernah menyebarkan ajaran sesat di Terengganu, beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
Kenyataannya itu dibidas pemimpin Umno antaranya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Nik Aziz sanggup menghalalkan tindakan menghina Islam tanpa memikirkan sentimen orang lain hanya kerana pihak menghina adalah dari rakan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Nik Aziz menasihatkan parti bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menjaga etika masing-masing dan tidak membuat serangan peribadi.



Utusan Malaysia Online

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA




www.youtube.com

HarakahDaily.Net

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

Sumber : HarakahDaily.Net


Khamis, 13 Ogos 2009

Al-Fatihah - Ustaz Asri Ibrahim, Vokalis Rabbani




Ustaz Asri ‘pergi tak kembali’

Kelunakan suara vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Asri tidak akan luput di ingatan, meskipun beliau telah meninggalkan kita semua. Pemergian arwah bukan sahaja satu kehilangan dalam industri nasyid tanah air, bahkan industri muzik keseluruhannya.

Allahyarham yang rebah ketika menjayakan sebuah rancangan sempena Ramadan terbitan RTM, Syahadah, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 10.30 pagi semalam setelah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, Kuala Lumpur, untuk mendapatkan rawatan.

“Dua hari sebelum ini arwah memang kurang sihat. Demam dan ada sikit batuk-batuk. Sebelum pergi reherasal untuk program ni, Ustaz Asri ada mengambil madu dan limau untuk kurangkan batuk, tapi lepas tu dia terus muntah-muntah.

“Masa rehearsal pula, kami dah perasan wajahnya semakin pucat. Kami ada tanya dia, nak teruskan atau tidak majlis ini, tapi dia kata nak teruskan juga. Baru saja dia nak pegang mikrofon, tiba-tiba dia jatuh dan terus pengsan.

“Pada mulanya kami ingatkan dia cuma pengsan sahaja, tapi bila bawa ke Hospital Pantai ini, doktor sahkan yang dia sudah meninggal kerana serangan jantung,” ujar Asri Ubaidullah, salah seorang anggota Rabbani, ketika menceritakan semula saat-saat Allahyarham Asri menghembuskan nafas akhirnya.

Sementara itu, adik iparnya Adha Buyong, memberitahu Allahyarham ada menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan gastrik di tahap serius.

“Kira-kira jam 10.30 pagi saya ada menerima panggilan memaklumkan Allahyarham pengsan di RTM. Walaupun arwah ada banyak penyakit, tetapi semuanya masih terkawal, cuma pagi tadi arwah mengadu tidak sihat dan muntah-muntah. Tapi dia tetap mahu meneruskan tugasnya untuk program Syahaddah di RTM itu,” katanya ketika ditemui di PMC.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya, memberitahu, beliau turut rasa terkejut dengan pemergian Allahyarham yang amat tidak diduga. Sebagai ikon nasyid negara, pemergian beliau semestinya diratapi amai orang, terutamanya peminat industri nasyid negara.

“Masa saya sampai di RTM, saya nampak ramai orang kelam-kabut dan ramai yang menangis. Ketika itu juga, saya nampak anggota Rabbani cuba selamatkan arwah. Walaupun kita cuba sedaya upaya bawa ke hospital berhampiran, namun Tuhan lebih sayangkan arwah.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri nasyid kontemporari dan pastinya sukar untuk dicari ganti,” kata beliau yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bintang nasyid terkenal itu.

Jenazah Ustaz Asri disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lanchong,Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21 selepas Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Antara artis yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham ialah, Yassin (Brothers), Nash, Mas Omar, Amy Search dan isteri, Ramli MS, Nassier Wahab, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi Saad.


Ustaz Mohd Asri Ibrahim (1969 – 2009)

Allahyarham Asri disifatkan sebagai pahlawan nasyid oleh beberapa penggiat nasyid seperti Raihan, Hijjaz dan sebagainya yang turut sama berjuang menyebarkan syiar menerusi hiburan alternatif yang menjurus kepada ajaran Islam.

Suara emas yang dimiliki Allahyarham memang tiada galang gantinya. Tidak keterlaluan jika dikatakan Asri adalah ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Memulakan kerjaya bersama Rabbani pada Mac 1997 dengan mengetengahkan irama nasyid klasik, kemudian demi menyahut dimensi baru industri muzik, irama alunan Rabbani kemudian diadun dan diolah mengikut cita rasa terkini.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri

Walau pun pernah dikritik apabila memulakan revolusi muzik yang dikatakan tersasar daripada landasan irama nasyid sebenar, Allahyarham sebagai ketua kumpulan tetap dengan pendiriannya.

Maka muncullah lagu berjudul Pergi Tak Kembali yang dicipta bersama dengan KRU yang mengangkat nama Rabbani di persada muzik nasyid tanah air.

Sejak itu, Rabbani mula dikenali ramai dan berjaya merangkul anugerah demi anugerah. Asri dan Rabbani pernah mengungguli kategori Penyanyi Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular selama lapan tahun berturut-turut.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Sepanjang tempoh 12 tahun perjuangan Asri bersama Rabbani dalam industri muzik, Rabbani telah pun menghasilkan 19 buah album termasuk ‘ARAH Dari Mana Ke Mana’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan banyak lagi serta yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Kosmo - 14 Ogos 2009

Rabu, 12 Ogos 2009

MEMO JABATAN



MEMO JABATAN PENGAJIAN AM

KEPADA : SEMUA AHLI JABATAN
DARIPADA : KETUA JABATAN
TARIKH : 13 Ogos 2009 (Khamis)
PERKARA : AKTIVITI PENTING PADA 17 – 18/8/09
Salinan Kepada : Fail Jabatan


Assalammualaikum wmwb.

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

Untuk makluman semua ahli jabatan, terdapat 2 aktiviti penting untuk diberi perhatian yang akan dilaksanakan pada awal minggu hadapan. Aktiviti – aktiviti berkenaan adalah seperti berikut :

i. PENCERAPAN OLEH UNQ (BPT) – PENSYARAH & PELAJAR - 17 – 18 / 8 / 09 – 8.30am – 4.00pm
Pemilihan pensyarah yang akan dicerap adalah dibawah tanggungjawab pihak UNQ (Bpt). Semua pensyarah diminta mengemaskini segala maklumat diri dan pelajar serta ”Lesson Plan’ masing – masing.

Bagi pensyarah yang mempunyai mentee (mentor), sila pastikan fail ”softskills” dikemaskini juga kerana pada 18/8/09 (8.30am) adalah sesi pencerapan bagi penilaian dan ’recording’ ”softskills”

ii. TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN KOLEJ ’ON – LINE’ (URUSAN PEPERIKSAAN) 17 / 8 / 09 – 2.30pm - Perpustakaan
Semua pensyarah dan beberapa staf pentadbiran yang berkaitan diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat sistem berkenaan kerana kita semua adalah pengguna sistem berkenaan apabila ianya terlaksana pada semester hadapan.

Kerjasama semua ahli jabatan dalam membuat persediaan yang sebaik mungkin terutama berkaitan urusan pencerapan amatlah diperlukan dan dihargai bagi memastikan kelicinan proses P&P di KPM Ayer Molek, selaras dengan wawasan Pengarah untuk menjadikan kolej ini bertaraf dunia pada Julai 2010.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan / cik seterusnya. Terima kasih.


Yang menjalnkan tugas

KAMISAH BTE NGALIM
Ketua Jabatan Pengajian Am
Kolej Profesional MARA Ayer Molek
Melaka






RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN



RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, pada tahun ini insyaAllah sekali lagi kita akan diberikan kesempatan untuk menjalani ibadat puasa. Seharusnya, kita perlulah bersyukur di atas nikmat dan kurnia yang telah Allah SWT berikan tatkala bulan Ramadhan yang dirindui bakal menjelang tiba. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa sememangnya dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan sebagai 'penghulu bagi segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu bagi segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, di dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa api neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad SAW dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad SAW. Ini bermakna bulan Ramadhan yang akan kita lalui nanti adalah bulan yang paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad SAW. Oleh sebab itu, gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun masihi setiap tahun sehingga sanggup bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari bersamaan 12.00 tengah malam dengan sukaria tetapi bulan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatalkan atau mencacatkan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam bulan Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda SAW bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena bulan Ramadhan tahun 1427 ini. Semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1428. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda Rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.

Selamat Berpuasa.