Wajah-wajah Ceria


Rabu, 6 Januari 2010

Isteri Solehah...




Kebanyakan kita mempunyai gambaran asas bahawa Isteri Solehah kebanyakannya mempunyai karekter seperti di bawah:

1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantap)
3. Lemah lembut tutur kata
4. Comei @ cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah
6. Ilmu agama tinggi (ustazah lagi bagus)
7. Pakai Jubah
8. Selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10.Pendek kata macam-macam kebaikanlah

Setelah saya membuat pemerhatian, isteri solehah sebenarnya mempunyai makna yang lebih REALITI iaitu :

1. Pandai baca Al Quran memang bagus, tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus kerana apabila mempunyai anak kadangkala masa tue penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan kriteria wajib bagi wanita solehah. Hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya. Yang wajib ialah tudung yang menutup aurat (yang menutup dada ok).

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram.

4. Comel @ cantik? Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja… Sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh. Hakikatnya tidak begitu.

5. Ya, solat berjemaah dengan suami dan anak-anak. Hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjemaah bersama.

6. Ya, ilmu agama yang tinggi itu bonus, tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas.

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skema menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah kerana dia paham maksud menutup aurat tue. Itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekeluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecanggihan teknologi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9. Halus budi pekerti ,pendiam. Ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak–anak tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti.

10. Kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya, agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.




Ciri-Ciri Isteri Solehah

T ~ Taat pada suami
A ~ ALLAH diutamakan
Q ~ Quran dijunjung
W ~ Wanita solehah
A ~ Amanah tunai tanggungjawab

T ~ Tunjuk kasih sayang
A ~ Anak-anak pandai dididik
A ~ Akhlak mulia
T ~ Tutup keaiban suami

S ~ Solat dijaga
O ~ Orang tua dihormati
P ~ Puasa dikerjakan
A ~ Aurat dipelihara
N ~ Nabi dicontohi




Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wallahu'alam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mintak share yer...