skip to main |
skip to sidebar
Tiada bunga dariku di majlis konvomu kerna…
Alhamdulillah, akhirnya detik yang dinanti berkunjung tiba. Isteriku telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang diidamkan selama ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerna atas limpah kurnia serta kasih sayangNya, maka segala yang dinanti sudah terlerai kini. Pada saat ini juga, daku terkenang kisah yang berlaku kira-kira tiga tahun lima bulan yang lalu. Ketika di saat aku mula-mula mengenali isteriku dahulu.
31 Mei 2009, tarikh permulaan segala cerita. Kami berkenalan di sebuah laman sosial yang mana aku mula berbalas mesej dengan isteriku. Baruku tahu, bakal zaujahku ini merupakan seorang pelajar matrikulasi yang sedang menunggu panggilan menyambung pengajian di universiti. Dah tahu yang dia akan menyambung pengajian, namun hatiku tetap ingin bertanya tentang si dia.
Kenapa? Kerna aku berasa hairan di page laman sosialnya terdapat amat banyak wallpaper yang berbentuk islamik serta berkaitan dengan perkahwinan. Sumpah, aku tak tahu pon umurnya pada ketika itu baru 19 tahun (belum masuk 20 tahun lagi kalau ikut tarikh), so aku pon trylah tanya dia. Waktu itu, isteriku ini berada di tempat kedua dalam senarai aku punya calon, hehe (dia tak marah, dia pon dah tau).
Dipendekkan cerita, respon isteriku pada ketika itu amat positif. Huh, masa tu aku mula berfikir, kalau aku kahwin dengan budak nie, dia nak ke tinggal dengan aku nanti. Kan dia nak sambung belajar. Hurm, lama gak aku fikir, so lastly aku bagi isteriku tiga soalan. Aku yakin sangat soalan yang aku bagi ni pasti membuatkan isteriku akan berfikir lapan kali untuk berkahwin denganku (soalannya, aku rahsiakan…hehe).
Lama yang diharap, lain yang jadi. Selambe je minah tu jawab tanpa sebarang masalah tentang soalan yang aku Tanya. Ish, budak nie betul2 nie, so aku kena jujur dan yakin. Tapia da satu je masalah masa tue. Masalah apa? Masalah biasa, tentang parent isteriku. Huh, bukan senang nak amik anak dara orang tambah2 time dia masih muda lagi. Tapi isteriku tekad nampaknya, diberitahu juga ibunya tentang hubungan kami yang baru dua minggu itu. Tak pernah bersua muka, tak pernah berjumpa bersapa, memang jadi masalah la bila ibunya tau.
Tanggal 28 Jun 2009, isteriku mendaftar di Universiti Malaya. Masa tue, aku pon datang ke sana. Ala, suka2 & ada niat nak bersua muka. Isteriku sms, abg dah ready ank bagitahu ma yang kita nak kahwin? Uuiiittt, meremang bulu roma mendengarnya. Aku pon jawab, dah kot… (dalam kepala masih 50-50). Tapi, aku memang dah nekad masa tue. Aku nak try rasa macam mana rasanya bercinta selepas berkahwin. So, apa tindakan aku?
“Assalamualaikum makcik” Huh, diam je orang tua ni. Ah, sudah kang kena marah pulak aku. Nasib baik ada makcik isteriku menyapa di sebelah, kalau tak malu bagai aku. Masa tue, mak mertua aku ni bukan main eksyen lagi. Tengok muka pon tak nak. Aku pon satu, tak pandai sangat nak approach beliau, huhu. Last2 beliau sound aku, haha tersentaplah aku. Teruslah aku berkata-kata…
“Assalamualaikum makcik, saya nak mintak izin kawan dengan anak makcik”. Apa? Kau dah kawan baru nak mintak izin! Aku jawab, “Eh bukan kawan, nak mintak izin kahwin ngan anak makcik”. Korang tahu apa yang aku dapat lepas tu? Dapatlah aku dengar kuliah rumah tangga, kuliah bisnes, kuliah suami isteri yang aku campur semua jadi kuliah 3 jam kredit. Hambik kau! Nak sangat kahwin ngan student, hahaha!!! Tapi kalau korang nak tau, semangat aku kuat sangat masa tue. Kenapa? Sebab isteriku banyak menyokong dan menjadi tulang belakangku sehingga kini.
Kisah macam mana mak mertua aku layan aku selama dua bulan selepas tue, tak payahlah korang semua tau. Yang pasti, mak mertua aku ni seorang yang baik hati, pemurah + tak kedekut. Yang paling bagus sekali, beliau boleh bagi nasihat tanpa kita minta. Agak2 nak dengar kuliah 3 jam kredit, silalah jadi menantu beliau, hehehe… Lebih kurang 3 bulan selepas itu, mak mertuaku pon buat keputusan untuk tunangkan kami berdua. Hah, amik janji 2 tahun, memang lemau lah menunggu.
Tapi, kuasa Allah punya segala. Kita manusia hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Dari 2 tahun, jadi setahun. Dari setahun pula, akhirnya menjadi 9 bulan. Tanggal 26 Jun 2010, aku dan isteriku diijabkabulkan. Alhamdulillah, setelah 9 bulan melalui pancaroba alam pertunangan, jodoh kami termaktub jua. Mungkin ramai yang masih tertanya kenapa aku menangis tatkala lafaz akad diterima dan sah? Hurm, masa tue apa yang aku fikirkan adalah tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami yang bakal aku pikul. Dah bertambah tanggungjawab yang berada di pundakku.
Ada satu cabaran buat kami tatkala diijabkabulkan. Apakah ia? Cabaran tersebut adalah kami terpaksa berjauhan untuk seketika. Tak dapat tinggal sebagai suami isteri dalam rumah sendiri bersama kerna masing-masing ada komitmen yang tak dapat dielak. Aku dengan komitmen perkerjaan manakala isteriku dengan hal ehwal pelajarannya di universiti. So, kalau jumpa pon seminggu sekali, itu pon kalau takde hal seperti kursus, kelas dll.
Masa nie, memang takde perancangan pon untuk kami mem”proses” baby dalam tempoh terdekat. Tapi, dalam tempoh 6 bulan berkahwin, aku ada beberapa kali bermimpi berkaitan baby. So, aku pon plan lah sorang2 tentang baby nie. Memang sikit pon isteri aku tak tahu. Nak dijadikan cerita pulak, rancangan aku tue Allah kabulkan. Tanggal 3 Januari 2011, isteriku disahkan mengandung setelah jatuh pengsan di dataran kolej 12. Dari Melaka, punyalah laju aku drive sebab bimbangkan isteriku. 160km/j, ada berani?
Sampai kat Seremban, kawan isteriku dah sms, “Abg wan, berita gmbira! Ika pregnant! Abg wan buat xtaw je taw. Nti bila dia gtaw, buat2 tkejut k. ” Aku hanya tersenyum, ternyata Allah makbulkan. Sampai je, lain yang diharapkan, lain yang jadinya. Isteriku hilang ingatan 75% akibat hentakan kuat di belakang kepala semasa jatuh pengsan tadi. Isteriku Cuma ingat aku ni suaminya dan tak mahu balik rumah kerna takut mak mertuaku risau. So, aku ambil keputusan bawa balik isteriku ke Melaka.
Bila ingatan isteriku dah pulih, takdelah dia terkejut sangat pasal pregnant tue. Katanya, sudah rezeki Allah nak bagi. Maka bermulalah alam kami suami isteri menunggu masa bergelar sebagai ibu bapa. Tapi masa ini, isteriku belum tahu bahawa ianya semua adalah perancangan aku semata. Perancangan yang telah Allah makbulkan, Alhamdulillah. Saat2 dah semakin hampir kepada kelahiran, barulah aku pecah rahsia. Agak “sentap”lah isteriku tika itu namun akhirnya beliau redha.
Semasa baby dalam kandungan, isteriku terpaksa melalui satu trip ke Hong Kong khas untuk salah satu keperluan subjeknya. Masa tue, kandungan kurang seminggu 7 bulan. Memang berat hati nak melepaskan, macam2 usaha kami buat bagi mengelakkan trip tersebut, namun perancangan Allah lagi bagus buat isteriku. Saat itu, aku hanya berdoa kepada Allah, “aku serahkan kedua-duanya kepadaMu ya Allah, peliharalah mereka di sana”. Lega hati pabila mendapat sms pertama dari isteriku “safely landed” di Hong Kong. Masa tue, habis duit pon takpe, janji dapat call untuk dengar suara pon jadilah.
Alhamdulillah, trip pulang ke Malaysia juga selamat. Sekarang adalah tempoh menunggu kelahiran baby yang dikandung isteriku. Nama untuk baby ini, 5 hari selepas diijabkabulkan isteriku telah siap sediakan. Huh, ada 10 baris nama anak-anak, 5 lelaki dan 5 perempuan. Shopping barangan baby pon bermula, tapi kami cuma beli ala kadar. Masa tue dua-dua belajar, aku dengan ijazah sarjanaku, isteriku dengan sarjana mudanya. So, duit gaji aku banyak kami habiskan untuk membayar yuran-yuran pengajian. Masa tu pulak, isteriku tak ambil pon PTPTN, so kami berdikari sendiri. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa cukup untuk umatNya yang bersabar.
Tanggal 20 Ogos 2011 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1432H, lahirlah baby yang dinantikan. Diberi nama Muhammad Irfan Naufal, dialah yang menjadi permata hati kami kini. Detik2 kelahiran Irfan disambutku di Hospital Damai, Taman Melawati ketika saat azan Maghrib bergema. Kegembiraan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan ku didik anak ini dengan ajaran agama agar kelak besar nanti bias menjadi pembimbing kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, ibu muda juga selamat. Baru berumur 21 tahun, namun dah merasai peritnya melahirkan anak. Aku sangat menghargai pengorbanan isteriku yang berjuang selama 9 bulan mengandungkan Irfan, dan berdepan detik cemas tatkala melahirkan Irfan. I love u dear.
Kini, Irfan telah menjangkau umur setahun lebih. Budak yang dahulunya kecil dan comel, kini sudah bertambah aktif dan comel. Huh, ligatnya hanya Allah yang tahu, boleh membuatkan abah dan umminya terlentang tak bermaya. Haha! Tapi tue lah fitrahnya punya anak, orang lain nak anak, tapi Allah tak berikan, yang dapat anak pula dibuang-buangkan, hurm. Apa yang aku taip panjang-panjang nie hanya pembayang kepada apa yang nak aku sampaikan. Ada satu perkara yang sebenarnya lebih penting untuk aku sampaikan dalam nukilan ini.
Akhirnya, detik dinanti berkunjung jua. Isteriku telah bergelar graduan kini. Setelah sekian lama bersusah payah, bergelar isteri dan ibu semasa pengajian, tidak hidup mewah seperti teman-teman yang lain, isteriku telah memperoleh kejayaan yang diinginkan. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah di atas segala nikmat yang Kau berikan. Kesusahan itu mengajar kami untuk lebih bersyukur. Pada pagi majlis graduasi sesi kelapan, 5 Oktober 2012 (Jumaat) isteriku telah ditaklifkan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Universiti Malaya. Impian sudah menjadi nyata, syukur alhamdulillah.
Aku hadir ke majlis konvokesyen isteriku bersama Irfan kami. Saat itu, ramai para graduan yang diraikan. Tidak kurang juga yang memberi pelbagai hadiah seperti bunga dll. Ya, memang sinonimnya konvokesyen dengan bunga. Dalam hatiku, rasa teringin juga nak menghadiahkan bunga pada isteriku. Tapi rasa ingin itu ku ketepikan. Aku Cuma risau dan bimbang, isteriku akan terasa hati jika aku tak menghadiahkannya sekurang-kurangnya sekuntum bunga. Mungkin akan menimbulkan juga rasa salah sangka ibu dan bapa mertuaku kerna tiada apa-apa hadiah dariku buat isteriku. Kawan-kawan yang dating juga menghadiahkan bunga kepada isteriku. Tapi aku tidak, kukuatkan juga hatiku jangan beli bunga.
“Sayang, abang bukan tak mahu belikan bunga untukmu, abang bukan tak mahu hadiahkan kamu sekotak coklat yang kamu suka. Abang bukan tiada duit untuk memberikan kamu sesuatu tapi abang datang ke majlis konvo kamu, dengan membawa hadiah berganda-ganda nilainya. Hadiah itu adalah abang dan Irfan. Kami berdua ini, lebih tinggi nilainya daripada sejambak bunga, sekotak coklat, sebuah kereta ferrari atau sebuah banglo mewah. Kami berdua yakin, kamilah hadiah yang bernilai dalam hidupmu sayang. Kami tak mahu, hadiah-hadiah yang ada menjadi lebih bernilai daripada diri kami berdua. Kami mahu menjadi insan yang tiada galang gantinya buat dirimu sayang”
Semoga kita sekeluarga kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat, amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan