Isnin, 20 April 2009

Semalam, Genaplah Setahun...




Semalam, genaplah setahun selepas aku terlibat dalam kebakaran yang mengerikan. Hampir-hampir menemui ajal namun Allah SWT masih mengizinkan aku untuk menghirup udara segarnya di muka bumi. Syukur alhamdulillah, kasih sayang Allah SWT masih bersamaku... Semoga Allah terus melimpahkan taufiq & hidayahnya kepada, ibu bapa serta keluarga. Amin YA Rabbal 'Alamin.

Ahad, 19 April 2009

Khamis, 16 April 2009

HARI KELUARGA KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA



Hari Keluarga Kolej Profesional MARA Melaka
Muara Bidara Resort, Tanjung Bidara
15 April 2009

Bangun je waktu pagi tue, hujan lebat sangat2. Sebenarnya, hujan lebat nie dah mula sejak jam 4 pagi lagi. Masa game Chelsea ngan Liverpool, tapi game tue tak main dlm hujan la bcoz diorg main kat Stamford Bridge, London...yg hujan lebat nie kat Melaka, hahaha!!! Mana2 warden yg umahnya dimasuki dan ditembusi air hujan sehingga menyebabkan banjir kilat di dalam umah tue, banyak2kanlah bersabar eh, ujian Allah... =)

Berbalik kepada cerita Famili Day ni. Pertama yg aku nak ulas, tema pakaian utk program nie, hehe...macam tau je yg Chelsea menang & layak ke semi final UEFA Champions League..buat fan Liverpool, banyak2 la bersabar..sesungguhnya, tahun depan masih ada lagi. Ha, buat student2 aku yg jadi penyokong fanatik Liverpool, lepas ni korang dh tak payah lagi nk bangun jam 3 pagi semata-mata nak tgok bola k..(aku pon dh tak payah nak tukar channel astro utk korang, hehehe =)

4vnNcUwPCg/Seb0Z_go42I/AAAAAAAAACg/OGiVVmucPok/s1600-h/hari+keluarga+kpm+melaka+033.jpg">

Walaupun pagi tue ujan, tapi program tetap kena jalan. Semua sudah dirancang, so takkan nk batal camtu je kan? Walaupun aku bukan AJK, tapi aku tetap rasa diri aku ni mcm AJK, haha...AJK makan dan permainan =).Tepat jam 8.50 pagi, kitaorg bertolak daripada asrama. Sebanyak 6 buah kereta telah menyertai konvoi ini yang mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan. Rombongan disertai oleh pensyarah termasuklah student2 yang meng"offer"kan diri mereka sebagai sukarelawan...

Bila dah sampai, still hujan lagi..tapi kitaorg buat mcm tak ujan je, main redah ikut suka..yela kan, ada payung, hahaha!!! Lepas mendaftar, ada sarapan yg telah disediakan. (nasi lemak pedas, air teh ngn kuih). Aku pon tak mkn byk sgt, maklum la excited skit ngn program nie..lagipun, nasi lemak tue pedas sgt2. Dari masa ke masa, semakin ramai pensyarah & staf yg datang ke lokasi program. Aku yg sengaja benamkan kereta masing2 ke dalam pasir , ada yg dah mcm angkasawan (baju ujan) dan mcm2 lagilah...




Acara awal banyak melibatkan kanak2 ribena. Rebut gula-gula, tiup belon sampai pecah tue dh jadi mcm acara wajib utk kanak2 ribena, haha! Dari aku kecik sampai la aku besar, acara tue tak penah terpinggir...so, aku cadangkan tahun dpn punya famili day, kita buat acara kanak2 ribena berebut ketam ke, ikan ke or belut, hahaha!!! amacam, ada berani??? lagi satu, tiup belon tue tukar je acara tiup unggun api sampai menyala, kan best...at least, dpt jgk organizer wat ayam bakar kan? heheh...

Acara utk golongan "retro" pon ada. Macam2 la, ada baling belon air yg tak pecah2, jalan atas batu bata (aku ngn abg din menang, hahahah), boling kelapa dll (malas nk sebut semua, aku penat menaip ma...). Ada jugak karaoke, ntah tiba2 jadi pertandingan lak...yg nie, aku dapat no. 2 je...1st place dapat kat sape lagi klu dr. amin (datuk K), hehe...(jgn marah dr.) Paling2 ditunggu, acara lucky draw...
Ada pelbagai hadiah menanti pemenang. Aku bwk blk rak buku ngn towel... Sebenarnya, aku mmg dh niat nk beli rak buku kat mydin tue tp dah rezeki aku dpt masa lucky draw kan...hehe =)

Cara kemuncak, tarik tali antara pensyarah & staf lelaki menentang suami2 pensyarah & staf wanita..haha! keputusan 1-1, tp geng suamu2 pensyarah & staf diisytiharkan menang kerana amalan demokrasi, hahahaha!!! Bagi pensyarah & staf wanita pula, pertandingan mumia dijalankan...abis tisu "tandas" digunakan utk membalut mak2 dara (ayat manis gitu) yg terbabit, hehe... Pengarah KPMM, Sir Matias bersama Miss Kim (Timb. Pengarah HEA) & Dr. Amin (Timb. Pengarah HEP) turut sama memeriahkan program serta menyampaikan hadiah.



Majlis ditutup dengan ucapan daripada Sir Matias serta persembahan karaoke daripada kumpulan jemputan, KERJASAMA yang dianggotai oleh Ensik Fad, SiBob@Franco, Ierwan KamSYAH, Faiz Alonso & SyafiQict... Kumpulan KERJASAMA telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Cek Mek Molek & Kerja, hahaha!!! Lpas tue, ada lak group gurl yg amik port lak wat persembahan, tapi mmg tak leh lawan group KERJASAMA...nak lawan camne, nyanyi lagu bulan cinta, hehe..masa tue matahari pon tak terbenam lagi..kah3...!!!

Apepon, terima kasih diucapkan buat semua yg terlibat dlm menjayakan program Famili Day KPMM nie. Aku dgar rumours yg menyatakan bahawa Famili Day kali ni adalah yg paling meriah pernah diadakan. Jasa kalian semua dikenang sampai bila2. Lagi satu, tahniah diucapkan buat seluruh jawatankuasa program yg diketuai oleh Khairul Rijal selaku pengarah, Kak Ja sbg penyelaras, Imah sbg S/U & Kak Awi sbg Bendahari serta barisan ajk seperti En. Kadir, En. Hidzir, En. Aa, Ensik Fad, Pn Dalila, Cik Jannah, Kak Asmah, Cik Fizah, Cik Aisyah, Kak Pah (ustazah), Cik Zu, Cik Salina, Cik Nurul, Cik Gaya dan lain2...

Eh, tak lupa kawan2 aku yg sekarang dh pandai kecik hati, hehe...Norma, Shima ngn Zue...u all da best 4ever & ever...(yg tak disebut, mungkin terlepas pandang kot, but apa yg penting, KERJASAMA!!! mungkin lepas nie aku dpt bekerjasama ngn korang, kita tunggu...last but not least, aku betul2 happy masa famili day nie =)

IERWAN ISMAIL

Sabtu, 11 April 2009

Gaji Oh Gaji...



Assalamualaikum.

Dah lama agaknya tidak bersua. Al-maklumla, byk kerja yang perlu dibereskan. Semenjak, dua menjak tiga menjak (pinjam ayat nabil) jadi pendidik nie, rasa lain mcm jer..

Ntahla, aku pon tak tau nape. Tapi yg pasti, sampai skrg ni la, aku belum dapat rasa lagi gaji pertama aku sbg seorang pendidik. Sabo jela, kwn2 len semua dah merasa gaji memasing, tinggal aku ngn lagi sorg member je blum lagi...huhu, tabah2...

Dalam minggu ni jgk, ada je benda yg serba tak kena dlm diri aku. Terlupa tue jadi mainan aku je minggu ni. Tertinggal note dlm kelas lepas mengajar, terlupa sidai baju yang aku dh basuh, terlupa siapkan kertas kerja...

Dan yg paling aku tak caye, aku terlupa nk punch kad masuk kerja ari khamis lepas, haha! berat2...Takkan la pasal pompuan jadi semua nie, hohohoho...

Tapi, yg aku tunggu2kan skrg nie, mmg gaji pertama aku la...agak2 sesak dah skrg ni...aku pon dh 2 bulan tak hulur RM kat mak abah aku kat kpg...nk blk, apatah lagi, tiap2 minggu ada ja aktiviti student...

Tadi aku baru blk dari Karnival Pendidikan MARA area selatan. Buat kat Melaka Mall. Esok aku pegi lagi, mcm2 jenis manusia aku jumpa kat sna, bikin panas jugak...tapi aku tetap sabar,huhu...

K lah, nti aku crite lg. Dah maghrib ni, aku nak solat dlu. Lagipon, skrg kat umah ni dah ada lap top kolej & dpt lak wireless, so aku blh on9 klu aku nak...hehehe =)

Wassalam...