Wajah-wajah Ceria


Sabtu, 29 November 2008

AKHIRNYA...

Akhirnya…

Empat tahun lalu
sepasang kaki melangkah maju
memburu kejayaan mencari kemenangan
agar suatu lembaran baru dibuka
dalam diri seorang manusia
yang awalnya tenggelam punca, meraba-raba
dan varsiti itu membuka jalan untuknya.

Tiga tahun yang lalu
mula ia mengenal corak warna
di tempat kaki berdiri
memula kanan langkahan
buat ketemu pedoman
agar tiada hanyut tanpa haluan
yang tak bertepian
Perjuangan itu perlu diteruskan
tanpa mengenal erti kesilapan,
kesalahan dan kekhilafan.

Dua tahun yang telah berlalu
pintu sudah kelihatan, menunggu tetamu menerpa
namun si manusia hilang pedoman
kunci di tangan dihilangkan
dibiar tiada bertuan
pintu itu hilang kepercayaan
kerna manusia tiada ketahuan.

Kini, setahun itu menuju ke akhirnya
si manusia sudah menyedari
pintu itu datang kedua kalinya
kunci mula dicari, kunci sudah dijumpai
perjuangan itu meniti noktah
untuk menuju ke akhirnya...


Ierwan Ismail, 5 Mei 2008 - UMKL

1 ulasan:

sulhairil hafiz hj sulaiman berkata...

bila nak tulis lagi bro