Selasa, 12 Disember 2017

Tiada bunga dariku di majlis konvomu

Tiada bunga dariku di majlis konvomu kerna… Alhamdulillah, akhirnya detik yang dinanti berkunjung tiba. Isteriku telah berjaya menggenggam segulung ijazah yang diidamkan selama ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerna atas limpah kurnia serta kasih sayangNya, maka segala yang dinanti sudah terlerai kini. Pada saat ini juga, daku terkenang kisah yang berlaku kira-kira tiga tahun lima bulan yang lalu. Ketika di saat aku mula-mula mengenali isteriku dahulu. 31 Mei 2009, tarikh permulaan segala cerita. Kami berkenalan di sebuah laman sosial yang mana aku mula berbalas mesej dengan isteriku. Baruku tahu, bakal zaujahku ini merupakan seorang pelajar matrikulasi yang sedang menunggu panggilan menyambung pengajian di universiti. Dah tahu yang dia akan menyambung pengajian, namun hatiku tetap ingin bertanya tentang si dia. Kenapa? Kerna aku berasa hairan di page laman sosialnya terdapat amat banyak wallpaper yang berbentuk islamik serta berkaitan dengan perkahwinan. Sumpah, aku tak tahu pon umurnya pada ketika itu baru 19 tahun (belum masuk 20 tahun lagi kalau ikut tarikh), so aku pon trylah tanya dia. Waktu itu, isteriku ini berada di tempat kedua dalam senarai aku punya calon, hehe (dia tak marah, dia pon dah tau). Dipendekkan cerita, respon isteriku pada ketika itu amat positif. Huh, masa tu aku mula berfikir, kalau aku kahwin dengan budak nie, dia nak ke tinggal dengan aku nanti. Kan dia nak sambung belajar. Hurm, lama gak aku fikir, so lastly aku bagi isteriku tiga soalan. Aku yakin sangat soalan yang aku bagi ni pasti membuatkan isteriku akan berfikir lapan kali untuk berkahwin denganku (soalannya, aku rahsiakan…hehe). Lama yang diharap, lain yang jadi. Selambe je minah tu jawab tanpa sebarang masalah tentang soalan yang aku Tanya. Ish, budak nie betul2 nie, so aku kena jujur dan yakin. Tapia da satu je masalah masa tue. Masalah apa? Masalah biasa, tentang parent isteriku. Huh, bukan senang nak amik anak dara orang tambah2 time dia masih muda lagi. Tapi isteriku tekad nampaknya, diberitahu juga ibunya tentang hubungan kami yang baru dua minggu itu. Tak pernah bersua muka, tak pernah berjumpa bersapa, memang jadi masalah la bila ibunya tau. Tanggal 28 Jun 2009, isteriku mendaftar di Universiti Malaya. Masa tue, aku pon datang ke sana. Ala, suka2 & ada niat nak bersua muka. Isteriku sms, abg dah ready ank bagitahu ma yang kita nak kahwin? Uuiiittt, meremang bulu roma mendengarnya. Aku pon jawab, dah kot… (dalam kepala masih 50-50). Tapi, aku memang dah nekad masa tue. Aku nak try rasa macam mana rasanya bercinta selepas berkahwin. So, apa tindakan aku? “Assalamualaikum makcik” Huh, diam je orang tua ni. Ah, sudah kang kena marah pulak aku. Nasib baik ada makcik isteriku menyapa di sebelah, kalau tak malu bagai aku. Masa tue, mak mertua aku ni bukan main eksyen lagi. Tengok muka pon tak nak. Aku pon satu, tak pandai sangat nak approach beliau, huhu. Last2 beliau sound aku, haha tersentaplah aku. Teruslah aku berkata-kata… “Assalamualaikum makcik, saya nak mintak izin kawan dengan anak makcik”. Apa? Kau dah kawan baru nak mintak izin! Aku jawab, “Eh bukan kawan, nak mintak izin kahwin ngan anak makcik”. Korang tahu apa yang aku dapat lepas tu? Dapatlah aku dengar kuliah rumah tangga, kuliah bisnes, kuliah suami isteri yang aku campur semua jadi kuliah 3 jam kredit. Hambik kau! Nak sangat kahwin ngan student, hahaha!!! Tapi kalau korang nak tau, semangat aku kuat sangat masa tue. Kenapa? Sebab isteriku banyak menyokong dan menjadi tulang belakangku sehingga kini. Kisah macam mana mak mertua aku layan aku selama dua bulan selepas tue, tak payahlah korang semua tau. Yang pasti, mak mertua aku ni seorang yang baik hati, pemurah + tak kedekut. Yang paling bagus sekali, beliau boleh bagi nasihat tanpa kita minta. Agak2 nak dengar kuliah 3 jam kredit, silalah jadi menantu beliau, hehehe… Lebih kurang 3 bulan selepas itu, mak mertuaku pon buat keputusan untuk tunangkan kami berdua. Hah, amik janji 2 tahun, memang lemau lah menunggu. Tapi, kuasa Allah punya segala. Kita manusia hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan. Dari 2 tahun, jadi setahun. Dari setahun pula, akhirnya menjadi 9 bulan. Tanggal 26 Jun 2010, aku dan isteriku diijabkabulkan. Alhamdulillah, setelah 9 bulan melalui pancaroba alam pertunangan, jodoh kami termaktub jua. Mungkin ramai yang masih tertanya kenapa aku menangis tatkala lafaz akad diterima dan sah? Hurm, masa tue apa yang aku fikirkan adalah tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami yang bakal aku pikul. Dah bertambah tanggungjawab yang berada di pundakku. Ada satu cabaran buat kami tatkala diijabkabulkan. Apakah ia? Cabaran tersebut adalah kami terpaksa berjauhan untuk seketika. Tak dapat tinggal sebagai suami isteri dalam rumah sendiri bersama kerna masing-masing ada komitmen yang tak dapat dielak. Aku dengan komitmen perkerjaan manakala isteriku dengan hal ehwal pelajarannya di universiti. So, kalau jumpa pon seminggu sekali, itu pon kalau takde hal seperti kursus, kelas dll. Masa nie, memang takde perancangan pon untuk kami mem”proses” baby dalam tempoh terdekat. Tapi, dalam tempoh 6 bulan berkahwin, aku ada beberapa kali bermimpi berkaitan baby. So, aku pon plan lah sorang2 tentang baby nie. Memang sikit pon isteri aku tak tahu. Nak dijadikan cerita pulak, rancangan aku tue Allah kabulkan. Tanggal 3 Januari 2011, isteriku disahkan mengandung setelah jatuh pengsan di dataran kolej 12. Dari Melaka, punyalah laju aku drive sebab bimbangkan isteriku. 160km/j, ada berani? Sampai kat Seremban, kawan isteriku dah sms, “Abg wan, berita gmbira! Ika pregnant! Abg wan buat xtaw je taw. Nti bila dia gtaw, buat2 tkejut k. ” Aku hanya tersenyum, ternyata Allah makbulkan. Sampai je, lain yang diharapkan, lain yang jadinya. Isteriku hilang ingatan 75% akibat hentakan kuat di belakang kepala semasa jatuh pengsan tadi. Isteriku Cuma ingat aku ni suaminya dan tak mahu balik rumah kerna takut mak mertuaku risau. So, aku ambil keputusan bawa balik isteriku ke Melaka. Bila ingatan isteriku dah pulih, takdelah dia terkejut sangat pasal pregnant tue. Katanya, sudah rezeki Allah nak bagi. Maka bermulalah alam kami suami isteri menunggu masa bergelar sebagai ibu bapa. Tapi masa ini, isteriku belum tahu bahawa ianya semua adalah perancangan aku semata. Perancangan yang telah Allah makbulkan, Alhamdulillah. Saat2 dah semakin hampir kepada kelahiran, barulah aku pecah rahsia. Agak “sentap”lah isteriku tika itu namun akhirnya beliau redha. Semasa baby dalam kandungan, isteriku terpaksa melalui satu trip ke Hong Kong khas untuk salah satu keperluan subjeknya. Masa tue, kandungan kurang seminggu 7 bulan. Memang berat hati nak melepaskan, macam2 usaha kami buat bagi mengelakkan trip tersebut, namun perancangan Allah lagi bagus buat isteriku. Saat itu, aku hanya berdoa kepada Allah, “aku serahkan kedua-duanya kepadaMu ya Allah, peliharalah mereka di sana”. Lega hati pabila mendapat sms pertama dari isteriku “safely landed” di Hong Kong. Masa tue, habis duit pon takpe, janji dapat call untuk dengar suara pon jadilah. Alhamdulillah, trip pulang ke Malaysia juga selamat. Sekarang adalah tempoh menunggu kelahiran baby yang dikandung isteriku. Nama untuk baby ini, 5 hari selepas diijabkabulkan isteriku telah siap sediakan. Huh, ada 10 baris nama anak-anak, 5 lelaki dan 5 perempuan. Shopping barangan baby pon bermula, tapi kami cuma beli ala kadar. Masa tue dua-dua belajar, aku dengan ijazah sarjanaku, isteriku dengan sarjana mudanya. So, duit gaji aku banyak kami habiskan untuk membayar yuran-yuran pengajian. Masa tu pulak, isteriku tak ambil pon PTPTN, so kami berdikari sendiri. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa cukup untuk umatNya yang bersabar. Tanggal 20 Ogos 2011 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1432H, lahirlah baby yang dinantikan. Diberi nama Muhammad Irfan Naufal, dialah yang menjadi permata hati kami kini. Detik2 kelahiran Irfan disambutku di Hospital Damai, Taman Melawati ketika saat azan Maghrib bergema. Kegembiraan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan ku didik anak ini dengan ajaran agama agar kelak besar nanti bias menjadi pembimbing kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, ibu muda juga selamat. Baru berumur 21 tahun, namun dah merasai peritnya melahirkan anak. Aku sangat menghargai pengorbanan isteriku yang berjuang selama 9 bulan mengandungkan Irfan, dan berdepan detik cemas tatkala melahirkan Irfan. I love u dear. Kini, Irfan telah menjangkau umur setahun lebih. Budak yang dahulunya kecil dan comel, kini sudah bertambah aktif dan comel. Huh, ligatnya hanya Allah yang tahu, boleh membuatkan abah dan umminya terlentang tak bermaya. Haha! Tapi tue lah fitrahnya punya anak, orang lain nak anak, tapi Allah tak berikan, yang dapat anak pula dibuang-buangkan, hurm. Apa yang aku taip panjang-panjang nie hanya pembayang kepada apa yang nak aku sampaikan. Ada satu perkara yang sebenarnya lebih penting untuk aku sampaikan dalam nukilan ini. Akhirnya, detik dinanti berkunjung jua. Isteriku telah bergelar graduan kini. Setelah sekian lama bersusah payah, bergelar isteri dan ibu semasa pengajian, tidak hidup mewah seperti teman-teman yang lain, isteriku telah memperoleh kejayaan yang diinginkan. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah di atas segala nikmat yang Kau berikan. Kesusahan itu mengajar kami untuk lebih bersyukur. Pada pagi majlis graduasi sesi kelapan, 5 Oktober 2012 (Jumaat) isteriku telah ditaklifkan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, Universiti Malaya. Impian sudah menjadi nyata, syukur alhamdulillah. Aku hadir ke majlis konvokesyen isteriku bersama Irfan kami. Saat itu, ramai para graduan yang diraikan. Tidak kurang juga yang memberi pelbagai hadiah seperti bunga dll. Ya, memang sinonimnya konvokesyen dengan bunga. Dalam hatiku, rasa teringin juga nak menghadiahkan bunga pada isteriku. Tapi rasa ingin itu ku ketepikan. Aku Cuma risau dan bimbang, isteriku akan terasa hati jika aku tak menghadiahkannya sekurang-kurangnya sekuntum bunga. Mungkin akan menimbulkan juga rasa salah sangka ibu dan bapa mertuaku kerna tiada apa-apa hadiah dariku buat isteriku. Kawan-kawan yang dating juga menghadiahkan bunga kepada isteriku. Tapi aku tidak, kukuatkan juga hatiku jangan beli bunga. “Sayang, abang bukan tak mahu belikan bunga untukmu, abang bukan tak mahu hadiahkan kamu sekotak coklat yang kamu suka. Abang bukan tiada duit untuk memberikan kamu sesuatu tapi abang datang ke majlis konvo kamu, dengan membawa hadiah berganda-ganda nilainya. Hadiah itu adalah abang dan Irfan. Kami berdua ini, lebih tinggi nilainya daripada sejambak bunga, sekotak coklat, sebuah kereta ferrari atau sebuah banglo mewah. Kami berdua yakin, kamilah hadiah yang bernilai dalam hidupmu sayang. Kami tak mahu, hadiah-hadiah yang ada menjadi lebih bernilai daripada diri kami berdua. Kami mahu menjadi insan yang tiada galang gantinya buat dirimu sayang” Semoga kita sekeluarga kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat, amin.

Selasa, 24 Julai 2012

Allah Sebaik Perancang!

Salam Ramadhan al-Mubarak. Alhamdulillah, sudah masuk 4 Ramadhan yang mana ia bermakna sudah 4 hari kita berpuasa. Syukur atas kurniaan Allah atas kesihatan yg diberikan khususnya dalam bulan Ramadhan kali ini. Pagi-pagi ni, terngiang-ngiang di minda tentang apa yg dikatakan oleh puan isteri saya. "Abg, sebenarnya Yun terfikir sesuatu. Bila tengok kawan2 yang dalam proses nak kawen ni, Yun rasa sangat bertuah. Kawan2 lain, grad nanti nak fikir keje la, kawen la, anak la, apa la... Yun ni, dh grad nanti tak payah lagi nak fikir apa2. Allah dah lengkapkan hidup Yun dengan suami & anak. Yun pon dapat tamatkan pengajian dalam waktu yg ditetapkan, tak perlu nak extend walaupon pregnant masa study. Hurm, hebat betul perancangan Allah ye bang. Yun dah tak perlu pening2 kepala fikir nak kawen ke, nak anak ke, semua dah ada depan mata Yun. Yun bersyukur sangat2" Saya tersenyum m'dengar kata-katanya. Saya hanya respon, "kan Allah itu sebaik-baik perancang". Kita ni merancang macam2, tapi tak semua Allah akan bagi. Tapi bila Allah beri sesuatu, itulah tanda kasih sayang Allah pada kita. Allah minta kita berfikir & bersyukur dengan setiap apa pemberianNya. Once there was a man who asked ALLAH for a flower and a butterfly. But instead ALLAH gave him a cactus and a caterpillar. The man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken. Then he thought, Oh well, Allah has too many people to care for and decided not to question. After some time, the man went to check up on his request that he had left forgotten. To his surprise, from the thorny & ugly cactus, a beautiful flower had grown and the unsightly carterpillar had been transformed into the most beautiful butterfly. Wow! ALLAH always does things right! His way is ALWAYS the best way, even if to us it seems all wrong. If you asked ALLAH for one thing & received another, TRUST. You can be sure that He will always give you what you need at the appropriate time. What you want is not always what you need! ALLAH never fails to grant our petitions, so keep on going for Him without doubting or murmuring. Today’s THORN, is tomorrow’s FLOWER! ALLAH GIVES THE VERY BEST TO THOSE WHO LEAVE THE CHOICES UP TO HIM! Firman Allah SWT ; وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - Surah Al-Imran : A.54 “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)” Wassalam WBT. -iErqA- 4 Ramadhan 1433 H / 24 Julai 2012

Isnin, 11 Jun 2012

KaruniaMu tiada terkira...

Aku tiada harta berjuta, aku tiada mahligai istana, Yang cuma aku ada Allah & Rasulnya, anak isteri juga keluarga Janji yang bisa ku kota, kasih sayang tiada bandingannya, bekalan akhirat buat membuka ruang menuju jalan pulang pada Dia yang berkuasa... Perpustakaan Utama, Universiti Malaya 12.06.2012

Selasa, 27 Mac 2012

Bagaimana Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri



Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redho Allah. Tanggungjawab sebagai ayah yang telah mendidik anak-anak sejak dari alam bayi hingga dewasa, semuanya tertanggung diatas bahu lelaki yang bergelar ayah dan suami itu. Suamilah yang terus menerus menanggung beban sehingga lahirnya zuriat bakal penyambung warisannya.

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan
mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan manafaat di dunia dan akhirat.

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187)

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut
suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

Sumber : http://www.angelfire.com

Sabtu, 20 Ogos 2011

Permata hati kami, Muhammad Irfan Naufal Ierwan...




Alhamdulillah, tepat jam 7.48 mlm 20 Ogos 2011, permata hati saya & isteri Nurul Ati'qa Hisam telah selamat dilahirkan di Hospital Damai, Taman Melawati, Ulu Kelang. Muhammad Irfan Naufal Ierwan dilahirkan sihat & memiliki berat sebanyak 2.55 kg.

Inilah pengalaman yang menarik serta amat berharga kepada saya & isteri dalam menyambut kelahiran cahaya mata sulung kami. Malah, saya sendiri dapat menyaksikan secara "live" bagaimana baby Irfan dilahirkan tatkala uminya sedang berusaha melahirkannya. Saya tidak pasti adakah pada masa hadapan saya dapat lagi melakukan seperti apa yang saya lakukan semalam.

Kepada isteriku, terima kasih abang ucapkan kerna tabah & sabar menanggung keletihan & kepenatan mengandungkan zuriat kita yang pertama ini. Abg tak mampu buat apa yg Yun lakukan, thanks sayang. Kamu membanggakan daku, ku harapkan dirimu mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak kita.

Untuk baby Irfanku, jadilah anak yang soleh serta mentaati perintah Allah serta abah umi. Harapan besar terletak di tanganmu sayang sebagai zuriat abah yang sulung. Ya Allah ya tuhanku, anakku ini merupakan anugerah terbesar dariMu buatku & isteri. Terima kasih wahai tuhan.

21 Ogos 2011 (21 Ramadhan 1432 H)

Isnin, 24 Januari 2011

Apa Kesan Harga Minyak Naik? Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara




Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan Negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 6 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP : Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP : Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP : Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP : Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP : Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP : Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini ‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP : Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

8) Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP : Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP : Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP : Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.

Sisipan : SINAR HARIAN (6 Januari 2011)

Oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Rabu, 12 Januari 2011

BERDOSA PAMER JENAMA HARAM




BERDOSA PAMER JENAMA HARAM

SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.

Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli.
Namun, dalam menzahirkan perasaan minat terhadap pasukan yang disokong, ramai ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai dan menggunakan jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan.

Jadi, sebagai orang yang beragama Islam, saya ingin mengetahui, apakah hukum pemakaian jersi berkenaan dan jika benar ia dilarang, adakah dalil mengenainya.

Ini kerana, berdasarkan perbualan bersama rakan, mereka mengatakan pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan.
Menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim.

Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam.

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan.

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.

Dalam hal ini, contoh terdekat adalah seperti logo kenderaan jenama Chevrolet yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu berimaginasi ia adalah lambang salib tetapi pada masa sama individu lain pula berasakan sebaliknya.



Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta itu bukan salib.

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya.

Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan.



Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan.

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya.

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya.

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.



Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi.

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam.

Zaharuddin Abdul Rahman
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM
zaharuddin@yahoo.com