Rabu, 18 Februari 2009

Puisi Tercipta Di Kala Peperangan Pena



Di Meja Ini

Di meja ini
Ku ternanti tanpa bicara
Mengenang diri petaka melanda
Namun apakan daya
Qada’ yang Esa ku terima jua

Di meja ini
Diamku termanggu mengimbas duka
Petaka ini membawa cerita
Terkandas diri bersama cita
Yang mampu mengubah semua

Di meja ini
Ku cuba selagi terdaya
Mengangkut diri membuang duka
Tapi tidak berdaya
Kerna roda itu tiada bertayar

Di meja ini
Juangku terus ke sisa
Walau ku tahu ia tak seberapa
Kerna masih ada rasa percaya
Di dalam jiwa yang berduka

Ierwan Ismail,
3 Mei 2008 – Bangunan Peperiksaan,UMKL


Sebulan Sudah...



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, 19 Februari 2009, genaplah sebulan aku melaporkan diri sebagai seorang warga MARA. Setakat nie, hidup aku adalah sedikit bebas kerana menjadi seorang pengajar ini tidaklah sesibuk seperti seorang pegawai yang berkhidmat dalam aspek pengurusan dan pentadbiran di sesebuah universiti. Universiti mana tue? Universiti yang akan terus aku cintai sampai bila2, UNIVERSITI MALAYA.

Dalam tempoh ini, sudah lama aku tak berkesempatan menulis apa2 isu di dalam blog ini. Pelbagai isu timbul yang mana aku hanya membaca dan mendengar sahaja. Tak sempat langsung nak komen or ulas isu2 tersebut. Antaranya, kemelut politik di negeri Perak Darul Ridzuan yakni tanah tumpah tempat lahirku, pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pilihanraya kampus Universiti Malaya dan pelbagai isu lagilah. (tak dapat nak bagitau semua).

Aku sebolehnya nak terus bekerja di UM kerana rasa kecintaan yang mendalam aku kepada UM. Di sinilah aku mendapat pelbagai pengalaman, pelbagai ilmu dan pelbagai kawan. Di sinilah juga aku hidup dalam suasana yang tak pernah aku kecapi selama ini. Bukan semua mainan duniawi yang aku kejari di sini namun kepuasan hidup serta ketahanan iman yang aku inginkan bila berada di kota metropolitan yang sungguh gah ini.

Namun, tak semestinya aku perlu terus di varsiti ini. Mungkin tempatku di lain terlebih dahulu. Sampai masa aku akan kembali ke varsiti yang tercinta ini. InsyaAllah, bulatkan tekad pasti akan berjaya. Buat masa sekarang, aku nak fokuskan hidup aku pada kerjaya dan mungkin sedikit masa lagi (2@3 tahun), pasal rumah tangga, hehehe... Umur pun melanjut, semakin hari semakin "macho".

Buat teman2 serta junior2ku di UM, teruskan perjuangan kalian sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Teman2 yang belum mendapat pekerjaan yang stabil, mohonlah banyak2 doa pada Allah SWT, insyaAllah tiba masanya kalian yang ditemukan pekerjaan yang sesuai. Rezeki Allah ada di mana2...Junior2ku, belajar rajin2 dan cuba untuk tidak jadikan "extend" sebagai amalan hidup, hahaha!!!

Akhir kalam, ACCOMPLISH OR DO NOT BEGIN (Sempurnakan Atau Jangan Mulakan)

Salam Sayang dari IERWAN ISMAIL, Melaka.
Dari UM Ke KPM

Sabtu, 10 Januari 2009

BOIKOT ISRAEL!!!! TAKBIR!





Ajar Israel-Amerika,boikot barangan mereka - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) -Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.
"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.




Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah, Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Sumber : Harakahdaily.Net







Selasa, 6 Januari 2009

Seladang Rebah Di Shah Alam



Malam nie aku tak berharap sangat pon team Perak akan menang bcoz masa friendly game lepas Perak dah kena belasah sampai 5-1. Namun atas rasa keinginan yang amat membuak-buak untuk melihat sendiri pemain-pemain muda Perak nie, aku pon ambil keputusan untuk ke Stadium Shah Alam bersama seorang kawan.

Aku sampai di stadium lebih kurang jam 8.30 malam. Tapi dapat masuk dalam jam 9.00 mlm coz ramai sangat orang beratur nak beli tiket. Masa aku masuk tue, game still lagi 0-0. Tak lama kemudian (lebih kurang 5 minit), akhirnya Perak memecah kebuntuan dengan jaringan cantik daripada Razali Umar. Sayang seribu kali sayang, tak sampai 2 minit Selangor dah dapat score untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Mengikut pemerhatian aku, Safee yang score gol tue dalam keadaan off-side tapi memandangkan aku takde kuasa apa2, apa boleh buat, aku terima jela. Nak maki referee, tak mungkin la. Dia pon manusia macam kita jugak, tak lepas melakukan kesilapan. Lagipun, referee tue dah pegi kursus kepengadilan manakala aku dengan brader2 yang dok maki referee sebenarnya belum pernah pon pegi kursus tersebut, hehehe...

First half, game 1-1. Masuk second half, lebih kurang minit 65, Selangor score lagi. Kali nie Amirul Hadi yang buat pasal, hehe. Lagi 5 minit nak habis masa sebenar, Perak bolos lagi gol yang ketiga. Kalau tak silap aku, Nasriq yang score gol tue hasil daripada free kick.

Walaupun kalah, tapi aku berasa amat puas hati dengan corak permainan yang ditampilkan skuad muda Perak nie. Boleh pergi jauh lagi rasanyer cuma coach kena fokus betul-betul pada barisan pemain tengah coz midfielder Peark banyak buang bola, kurang idea dan tidak kreatif. Defend aku nampak ok cuma kena fokus lebih skit masa main. Kalau bukan kerana kecemerlangan Megat di gawang gol, kalah besar Perak ngn selangor.

Apapun, good luck to team Perak for the next game. Perak vs PDRM at Stadium Perak. Kalau main macam kat Shah Alam, comfirm aku percaya Perak akam menang.

Ierwan Ismail
Dari UM ke MRSM

Ahad, 4 Januari 2009

Al-Hikmah

Sabtu, 3 Januari 2009

Gadis Bertudung Labuh

Puisi ini terhasil ketika aku berada di meja peperiksaan yang mana di depanku bertentang mata dengan seorang gadis bertudung labuh...

Dua bulan kemudian barulah ku tahu namanya kerana dia juga seorang Pembantu Mahasiswa UM...

Nama gadis itu, hehe... RAHSIA!

Gadis Bertudung Labuh

Dia ada di depanku
menulis begitu laju
seolah mengejar sesuatu,
yang bergelar masa dan waktu
buat menamat peperangan pena
yang aku juga sedang hadapi

tertunduk bukan selalu
kerna tiada ilmu yang datang begitu laju
untuk dirimu,
terkadang mendongak memikir sesuatu
atau sekadar satu strategi
untuk melihatku yang ada di depanmu
wahai gadis bertudung labuh

Tinggal beberapa detik kini
untukku dan kamu berpisah tak bertemu
buat waktu kini
tapi doaku panjat buat yang Satu
moga dirimu dapatku temu
di lain waktu
jika Tuhan mengizini


Ierwan Ismail, 3 Mei 2008 – BP,UMKL

BEBERAPA CORAK KEPEMIMPINAN

1. KEPEMIMPINAN BERWAWASAN [VISIONARY LEADERSHIP]

• Menyemarakkan semangat orang lain supaya berubah;
• Wawasan itu hendaklah memberi semangat lagi dinamik;
• Menimbulkan rasa bangga mencapainya;
• Mewujudkan kemungkinan dan masa depan yang dinamik di mana setiap orang ada kepentingan;
• Mampu memperlihatkan gambaran corak masa akan datang apabila wawasan tersebut tercapai – termasuklah yang bukan bermatlamatkan nilai, yang bukan berbentuk kewangan dan yang menghasilkan rasa teramat bangga kepada individu dan organisasi.

2. KEPEMIMPINAN KOMUNIKATIF [COMMUNICATIVE LEADESHIP]

• Pemimpin hendaklah menyampaikan wawasan perubahan itu dan implikasinya terhadap kerja sehari-hari mereka yang terlibat;
• Rasional, matlamat dan manfaat hasil daripada perubahan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya orang akan menjadi yakin akan keperluan untuk berubah;
• Menterjemahkan wawasan itu dan menjelaskan kepada orang secara terperinci bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam mengimplimentasikan perubahan itu;
• Menyatakan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh setiap mereka yang dipimpin, dan bagaimana mereka bersama-sama menyumbang terhadap pencapaian keseluruhan objektif perubahan tersebut.
• Mereka hendaklah menjadi agen perubahan yang terlatih dan yang boleh melatih (coach) orang lain untuk melakukan perubahan selaras dengan wawasan tersebut.

3. KEPEMIMPINAN BUJUKAN [PERSUASIVE LEADERSHIP]

• Pemimpin hendaklah meyakinkan orang mengenai wawasan dan program perubahan itu kepada mereka yang terlibat;
• Pemimpin bukan sahaja kena menjual program perubahan itu tetapi mereka juga hendaklah memasukkan sama analisis, kesudahan (conclusions), perakuan, kesungguhan, kredibiliti, komitmen dan track record,
• Mereka hendaklah meyakinkan orang akan manfaat dan ganjaran yang dapat diperolehi hasil daripada perubahan tersebut, dan bukan semata-mata dipaksakan kepada orang;
• Pemimpin membujuk membantu orang melihat peluang dalam suasana yang sukar dan meyakinkan orang bahawa manfaat perubahan itu mengatasi kos yang terlibat.

4. KEPEMIMPINAN TERLIBAT [PARTICIPATIVE LEADERSHIP]

• Pemimpin perlu mendedahkan diri mereka supaya orang lain dapat melibatkan diri mereka dalam proses perubahan tersebut;
• Menggalakkan orang lain mempersoalkan andaian mereka (to question their assumptions);
• Mengizinkan orang menyuarakan kebimbangan mereka dan memberi masa secukupnya untuk membuat penjelasan;
• Dengan melibatkan orang lain dari mula perancangan sehingga pelaksanaan dan memantau perubahan itu kelak akan dapat meningkatkan komitmen mereka;
• Mengizinkan orang menyumbang dari sudut buah fikiran (input) dan maklum balas akan memperbaiki lagi program perubahan tersebut dan juga proses pelaksanaannya;
• Memenangi hati dan komitmen orang dengan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan dan menawarkan mereka sebahagian daripada gerakan dan tindakan organisasi itu.

5. KEPEMIMPINAN MENYOKONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]

• Untuk mengatasi penentangan (resistance) terhadap perubahan, pemimpin perlu menggunakan kuasa kepemimpinannya dengan memberi sokongan sepenuhnya dalam proses perubahan tersebut.
• Ini melibatkan penyediaan sumber yang perlu dan juga sokongan moral dan galakan yang amat diperlukan dalam waktu berlakunya perubahan dan kesulitan.
• Menyediakan ruang untuk orang mendapatkan bantuan sewaktu mereka memerlukan pertolongan pasti dapat meredakan penentangan terhadap perubahan.
• Pemimpin yang senantiasa bersedia membantu tidak akan melarikan diri daripada masalah – mereka akan menghadapinya dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikannya.

6. KEPEMIMPINAN MENGAMBIL RISIKO [RISK TAKING LEADERSHIP]

• Pemimpin hendaklah menyediakan suasana yang sesuai (kondusif) untuk orang berubah.
• Untuk menggalakkan orang berubah, pengurus hendaklah mengizinkan orang mengambil risiko.
• Mengambil risiko bermakna ada ketikanya kesilapan boleh berlaku.
• Untuk mewujudkan (create) suasana yang selamat supaya orang sanggup mengambil risiko, pemimpin hendaklah bersedia melindungi mereka yang benar-benar berusaha sebaik mungkin tetapi gagal.
• Pemimpin hendaklah jangan terlalu cepat menghukum orang kerana kesilapan mereka. Sebaliknya mereka hendaklah menggalakkan langkah memperbaiki diri sendiri (self-corrective measures) di mana orang akan terus belajar, menjadi bertambah baik dan berkembang.

7. KEPEMIMPINAN MENDORONG [SUPPORTIVE LEADERSHIP]

• Untuk menggalakkan berlakunya perubahan, pemimpin hendaklah menyediakan ganjaran yang menarik yang melengkapi usaha dan hasil perubahan.
• Dalam hal ini pemimpin hendaklah menggunakan ganjaran rohaniah (intrinsic) dan juga ganjaran yang dapat dilihat (extrinsic).
• Ganjaran rohaniah termasuklah menyediakan suasana di mana orang dapat merasakan pencapaian (sense of achievement), rasa bangga (sense of pride) dan pengiktirafan sewajarnya dan seterusnya menghormati usaha mereka dan hasil yang mereka perolehi.
• Ganjaran luaran yang dapat dilihat, termasuklah yang berbentuk kewangan, hendaklah dikaitkan dengan prestasi positif hasil daripada perubahan.
• Adalah menjadi peranan pemimpin untuk mempertahankan orang mereka dan seterusnya memberi ganjaran kepada mereka yang telah membantu organisasi mencapai perubahan dengan jayanya.